ALAMAK SEDIHNYA

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah
di
sebuah apartment setinggi 60 tingkat.
Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali
dari
bertugas untuk pulang ke rumah.Dilihatnya
ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam
dan
lif tidak berfungsi… .

si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat
ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu
bila
agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi
kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau
kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita
ketawa…biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat
tangga
untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita… .
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku
membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku
dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…….

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh
leleh…sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20.
Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk
lap
air mata…kemudian mereka kembali memanjat
sambil si B pula bercerita… .
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua
ibu
bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya…
aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15
tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja
untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang…bla bla bla
bla……

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita
si B
dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55.
Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang
ketingkat 56, si C mula menyampuk
si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku
lagi
sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?
si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…
si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM
KERETA…. UWAAAAAALega

~ by achik on 15/08/2008.

Leave a Reply