PENAWAR HATI

15 08 2008

PENAWAR HATI…… Salam……Suatu ketika sahabat karib Rasulullah Ibnu Mas’ud didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa. Lelaki itu berkata kepada Ibnu Mas’ud, “Saudara berilah padaku satu nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwa aku yang gelisah, fikiranku juga selalu kusut, makan ku tidak kenyang dan tidurku juga tidak lena.” Mendengar itu, Ibnu Mas’ud membalas..”Sekirany a itu lah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi 3 tempat ini…Pertama:Tempat orang yang membaca Al-Quraan, samaada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat suci..Kedua: Majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah.Ketiga: Carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan  khusuk dan tulus ikhlas.” Demikian penawar hati gelisah, kadangkala kita tidak tahu punca yang membawa hati yang resah. Tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi dengan sebaik-baiknya. Hati yang kosong, maka mudahlah syaitan masuk menyelinap.. ..Firman Allah, “Jika engkau dihasut olih syaitan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-A’raf ayat 200)Renung-renungka n selamat beramal..


Actions

Information

2 responses

15 08 2008
khan

betul ker ni

10 10 2008
Gafar

Terima kasih kerana beri petua ini…..semoga Allah sentiasa bersama oarnag-orang yang pemberi nasihat

Leave a comment