Cinta akan jadi lebih bahagia jika kita bertenang. Jika sudah tenang, minda kita mengalirkan arus alpha lalu menerbitkan emosi yang tenang juga. Kesan daripada ketenangan, muncul kebahagiaan.
Cinta sepatutnya penuh dengan kebahagiaan, bukan lebih banyak dipenuhi pergaduhan, persengketaan atau perselisihan faham. Sayang jika cinta putus di tengah jalan hanya kerana salah satu faktor dari 3 faktor tadi – pergaduhan, persengketaan dan perselisihan faham.
Semua itu lahir sebab tidak ada ketenangan. Asyik stress memanjang. Jika Anda serius nak bercinta, moleklah kiranya amalkan bertenang-tenang. Ketenangan akan muncul bila Anda dan kekasih Anda masing-masing berusaha saling gembira menggembirakan antara satu sama lain.
Jangan terlalu terdesak sampai nak jumpa kekasih Anda tiap hari semata-mata sebab rindu. Lepas berkahwin nanti, muka kekasih Anda itulah yang Anda tengok dari pagi sampai ke malam. Memanglah rindu, memanglah sayang.
Tapi kalo belum bernikah, kawal-kawallah dulu perasaan tu. Untuk kebaikan Anda juga. Kalau nak sangat tengok muka kekasih Anda dari pagi sampai ke malam, dah nak sangat, ha kawin le cepat-cepat.
Rindu yang manis dirasa adalah rindu yang ditahan-tahan untuk jangaka masa yang sedikit lama. Hari Isnin jumpa, nantilah jumpa Isnin depan pula. Kalo tiap hari jumpa, boring. Nak cerita satu apa pun tak ada!





