Sesiapa yang berada di sekeliling kita menggambarkan cemana rupa fikiran kita, positif atau negatif, baik atau kurang baik.
Jika Anda selalu ditemukan dengan orang-orang yang menyakitkan hati Anda, itu maknanya fikiran Anda dipenuhi dengan fikiran-fikiran buruk. Makanya, hati Anda ada di didiami oleh anasir-anasir buruk. Kemungkinan besar, hati Anda kotor.
Anda banyak bergelumang dengan emosi negatif – marah, geram, menyampah, sakit hati, dendam. Walaupun di luar Anda lebih banyak bersikap diam, tapi dalam hati Anda, banyak mengomel-ngomel, menyumpah-nyumpah dan memarah-marah tanpa henti, dari waktu Anda bangun hingga ke waktu tidur.
Sudah tiba masanya untuk kita check attitude, check emosi kita. Kekadang kita tak perasan yang kita ada bersikap buruk pada orang tapi kita cepat terasa tiap kali ada orang bersikap buruk, berkata buruk pada kita.
Apa yang ada dihati kita, difikiran kita akan diterjemahkan ke dunia sebenar. Realiti kita adalah gambaran tentang apa yang ada difikiran kita.
Jika difikiran kita memilih untuk selalu gembira, lebih banyak tertawa, lebih banyak gurau senda dari tertekan, maka realiti kita akan jadi begitu juga.
Kesannya, semua keperluan kita cukup, orang sekeliling OK dengan kita, kita seronok bekerja, seronok dengan bisnes kita, seronok dengan pelajaran kita maka semua yang ada disekeliling akan ikut camtu juga, semuanya! termasuk orang, benda dan perkara. Masalah? Ada, cuma tak seberapa, sekejap saja munculnya.
Dalam hidup, kita sentiasa ada dua pilihan. Anda ada hak untuk memilih mana satu yang Anda mahu, sama ada positif atau negatif, baik atau buruk.
Jika Anda mahu hidup dalam suasana yang baik-baik, maka seharusnya Anda buat keputusan untuk memilih yang positif sebagai kemahuan Anda. Janji pada diri sendiri, kemahuan itu, keputusan itu tak akan berubah secara automatik andai kata Anda berjumpa dengan situasi-situasi yang berada di luar kawalan Anda, masalah kewangan misalnya.
Andai kata kita tetap dengan pilihan kita untuk kekal melekat dengan keputusan untuk memilih yang positif, saja, melihat yang positif saja, yang baik-baik saja, kesannya semua yang berlaku disekeliling kita akan menjadi positif seperti yang kita fikirkan.
Fikiran positif itu akan diuji dengan beberapa situasi negatif, untuk mengetahui sejauh mana kuatnya keputusan Anda untuk memilih yang positif sebagai jalan hidup Anda. tetapi, jika ujian itu diharungi dengan mindset positif, pasti ia berlalu dengan lancar, cepat saja perginya.





