Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2008

jodoh

Renungkanlah
sedalam-dalamnya.
 
Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. ”

Seorang teman pernah berpesan..

“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…`

 

Read Full Post »

telinga

Telinga dia…

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia
berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang
mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek
untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai
penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan
kepada lelaki itu.

“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”. “Ya, tapi minta maaf
kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam” jawab lelaki itu
dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari
pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank
hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi
temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”. “Ya …saya heran
bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk
jauh dari saya.” puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan
menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih
muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga
tampan dan bergaya.
Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”

“Ya. Awak pakai contact lens,” jawab pemuda itu menahan perasannya dari
tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan
kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact
lens walaupun mereka duduk agak jauh.

“Bagaimana awak tau” tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga
jatuh terguling-guling sambil berkata,”Dah tentu tuan tak boleh pakai
cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana”.

Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!

Read Full Post »

janji bertudung

Read Full Post »

solat

PANTUN MALAS SEMBAHYANG yang manja

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan b ayang – b ayang ,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman t ida k lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang….

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang – sorang….

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku b ayang ,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

Read Full Post »

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,  orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Mas a tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ‘bukti’ lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Mas a tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?
Harta benda anta, dari mana anta dapat…?
Ilmu anta, adakah anta manafaat…?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar! )

Read Full Post »

renunglah…

Mukjizatnya Azan

Pesanan  Semasa Mendengar Azan…

Kematian itu pasti  menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa  kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa….  lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul  maut’.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. “Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,  jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang  beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang  berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah  “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah  kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

“Ya Allah! Anugerahkanlah kematian  kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah  “Lailahaillallah. .” semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin  Yarobbal a’lamin..”

WASIAT NABI MUHAMMAD  S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3  tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)   Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi  orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan  ibadahnya.
2)    Merahsiakan  sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg  menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3  tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan  keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)    Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali,  bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi  dirinya.
2)     Menghisab  dirinya.
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah  s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya
.

Read Full Post »

Melayu

Sejak bila Melayu digelar Melayu? Saya sendiri tenggelam punca. Menurut suatu catitan, kerajaan Melayu yang pertama bermula daripada Champa. Mungkin, Melayu yang awal adalah suku Cham dan benih itu terpancar bertaburan memenuhi ruang daerah Nusantara lalu melahirkan baka Boyan, Minang, Jawa dan sebagainya. Ini pun suatu kemungkinan.

Melayu itu ketika diisytiharkan sebagai sebuah bangsa dan peradaban, ia mestilah datang dalam bentuk suatu kuasa (kerajaan) yang besar dan kuat. Mungkin, kerajaan Cham yang memulakan tradisi menjenamakan Melayu sehingga wujud istilah Melayu sehinggalah ke hari ini. Sekali lagi, ini pun suatu kemungkinan juga.

Sekurang-kurangnya ada tiga kuasa yang mencapai tahap paling agung bergelar Empayar iaitu Majapahit (Hindu), Sriwijaya (Buddha) dan Melaka (Islam). Mereka ini satu bangsa, satu bahasa tetapi berlainan agama. Selain daripada ketiga-tiga empayar ini, wujud juga kuasa Melayu yang lain seperti kerajaan Kedah Tua Langkasuka, Gangga Negara dan lain-lain.

Namun, kerajaan-kerajaan kecil ini termasuk kerajaan Islam Sulu, kerajaan Islam Demak oleh Raden Patah warisan Wali Songo tidak membentuk kekuasaan yang boleh dianggap sebagai empayar. Kerajaan yang dibina oleh titisan Wali Songo ini selalu juga menerima tentangan Majapahit. Apa pun, atas nama agama, ‘baka-baka’ Melayu gagal bersatu.

Jadi, kita sukar mengenal siapakah yang patut digelar sebagai ‘Bapa Perpaduan Melayu’ di peringkat wilayah tertentu? Mungkin Sukarno boleh disebut sebagai peribadi yang boleh diangkat dalam hal ini kerana menerusi pidato beliau, ungkapan Nusantara dilahirkan.

Dalam satu ucapannya juga Sukarno berkata, Pahang, Kelantan, Terengganu dan lain-lainnya mahu dilibatkan penyertaan dalam gagasan Indonesia Raya itu atau yang disebutkan orang sebagai Melayu Raya itu. Hakikatnya, Melayu itu gagal bersatu kerana faktor warisan agama yang pernah bernafas di alam Melayu; Hindu, Buddha dan Islam.

Sebab itulah juga, ketika pembentukan Malaysia, Sukarno sanggup mengeluarkan seruan Ganyang Malaysia! Tentera Indonesia yang sudah ditahan penduduk Malaysia pada masa itu mengakui bahawa mereka berperang dalam keadaan separuh hati.

Anak-anak sekolah pada saat itu juga pernah terlibat dalam latihan khas diperkenal sebagai latihan menyelamatkan diri daripada serangan tentera Indonesia. Ada yang lari masuk ke dalam longkang sejurus siren keselamatan dibunyikan tiba-tiba.

Hakikatnya, Sukarno pun gagal menyatukan wilayah-wilayah tersebut. Acheh menuntut kemerdekaannya melalui GAM. Dan ada banyak lagi gerakan seperti itu sedang berjuang melepaskan diri daripada wilayah itu. Timor Timur antara yang berjaya membina negara baru melalui gerakan mereka tersendiri melalui campurtangan antarabangsa.

Perjuangan Sukarno menentang imperialisme Amerika pun gagal. Pengaruh Amerika pun berkembang menular, menakluk ruang fikiran masyarakat negara itu sendiri lalu merasuk segala sistem dan menjerut leher mereka sehingga tercungap-cungap menahan nafas.

Pramoedya Ananta Toer, novelis komunis berhaluan kiri yang terkenal novelnya di Malaysia, Keluarga Gerilya pernah menyatakan hasrat mahu ‘berehat’ daripada menulis novel lagi. Hal itu berlaku beberapa tahun sebelum kematiannya.

Jika tidak silap, Buletin Utama atau Warta Perdana pernah menyiarkan rakaman ucapannya itu. Dan, dia sambil menghembuskan asap rokok berkata dalam nada kecewa lebih kurang begini: “Perjuangan kita telah gagal. Dulu, kita berjuang menentang kolonial. Sekarang, mereka itu; Amerika telah pun datang kembali menjajah kita melalui sistem dan budaya.”

Bapa Perpaduan Melayu di Malaysia, siapa?

Dalam tulisan saya yang lalu berjudul ‘Dunia dan tamadun manusia ini berapakah usianya?’ (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13485&Itemid=91), di bahagian bawah sekali saya kembarkan satu kenyataan bahawa, tidaklah diketahui siapa yang pertama dalam kalangan panglima, hulubalang Melayu yang pertama meniup semboyan kesatuan antara Melayu untuk menentang petualang dan penjajah luar, Portugis, Siam, dan lain-lain agama dan bangsa. (Lihat catatan yang paling bawah)

Bagaimanapun, saya menulis hal itu mewakili perjuangan Semenanjung Tanah Melayu, Malaya Merdeka, Suvarnabumi, Semenanjung Emas dan lain-lain ungkapan yang setara dengannya. Oleh kerana barangkali ‘kepupusan’ rekod, simpanan bahan maklumat, sukar untuk ditemukan siapakah orang yang pertama menyeru ke arah perpaduan itu.

Jadi saya isytihar, saya pun tidak tahu. Bagaimanapun, Allah membangkitkan seorang putera Melayu berdarah campuran Arab dan lain-lain bangsa dalam tubuhnya yang dinamakan sebagai Dr Burhanuddin al-Hulaimy sebagai insan pertama menyeru ke arah perpaduan Melayu itu di Persekutuan Tanah Melayu dan Onn Jaafar itu orang kedua.

Jadi, PKMM adalah parti pertama melalui al-Hulaimy yang menyeru ke arah perpaduan ‘baka-baka’ Melayu dan Umno adalah parti kedua melalui Dato’ Onn Jaafar yang menyeru hal yang sama di Persekutuan tatkala mereka mula tuntut merdeka daripada Empayar British.

Hujah dan bukti saya bersandarkan novel Tulang-tulang Berserakan karya Sasterawan Negara Usman Awang yang mana beliau menukilkan sendiri pantun itu ketika beliau menghadiri rapat umum PKMM pada tahun 1945.

Di atas robohan kota Melaka
Kita bangunkan jiwa merdeka
Bersatulah Melayu segenap baka
Membela hak keadilan pusaka.
Umno yang ditubuhkan pada 1946 hanyalah ‘penciplak’ idea al-Hulaimy melalui pantun kemerdekaan yang menyeru ke arah perpaduan seluruh ‘baka-baka’ Melayu itu. Namun, tidaklah diketahui apakah kes ini boleh disamakan atau tidak dengan kes ‘penjiplakan’ ke atas tulisan Muhtar Suhaili oleh NC UUM yang kembali dihebohkan baru-baru ini.

 

Ketika saya menulis pandangan itu, dengan menunjukkan kisah Malcolm-X yang telah menemui susur galur puak dan kaumnya di Afrika, saya sebenarnya berasa cemas dengan laungan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu yang dipimpin Osman Bakar. (Utusan Malaysia, 21 Mac)

Ketika menulis ini, saya sedang membaca Mingguan Malaysia hari ini (30 Mac) dan saya tersenyum lebar dan puas kerana pandangan yang sama juga tertuang melimpah dalam ruang jendela fikiran kolumnis yang saya minati; Mazlan Nordin. Saya tidak rasa bahawa saya keseorangan dan menyendiri ketika menulis hal tersebut.

Rupa-rupanya masih ada kalangan pengamal media yang beranggapan serupa. Ketika memberi komentar tentang BBPM itu, mukadimah tulisannya juga menumpukan kepada pantun al-Hulaimy. Tetapi, kolumnis itu tidak boleh terang-terang dan jelas membuat perbandingan antara Dato’ Onn dan Dr Buhanudin al-Hulaimy siapa yang lebih awal menyeru ke arah perpaduan Melayu. Saudara sedia maklum, pojok itu tersiar di dalam akhbar ‘Mingguan Umno’.

Sedikit pandangan Mazlan

Untuk membuat perbandingan sila ikuti catatan Mazlan Nordin dan ulasan seperti di bawah: –

“Di atas robohan Melaka
kita dirikan jiwa merdeka
bersatu padulah segenap baka
membela hak keadilan pusaka.

Pantun ini dilafaz oleh Dr Burhanuddin al-Helmy dalam satu persidangan di Melaka pada tahun 1945. Ia dirakam kembali oleh sejarawan British, T.N. Harper dalam bukunya berjudul The End of Empire (Cambridge University Press, 1999) yang seterusnya mencatat betapa pada awal 1956 Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh emerdekaan pada 31 Ogos 1957, di Melaka.”

(Catatan: Umno menyatakan kepulangan Tunku dari London disambut di Bandar Hilir Melaka sebagai simbol kepada Melaka sebagai tempat asal mula Empayar Melaka yang jatuh kepada Portugis pada 1511. Tetapi, Umno dan Zainudin Maidin menerusi buku dan dokumentari ‘Wira Tidak Didendang’ tidak menyebut langsung bahawa pantun al-Hulaimy didendang di Melaka itu adalah permulaan perisytiharan jiwa merdeka.)

Mazlan menambah:“Pantun tersebut berbeza dari yang dirakam dalam buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka berjudul Bumi Dipijak Milik Orang (1991): (Catatan:Walaupun ada perbezaan antara pantun tersebut, contohnya al-Hulaimy tidak menyatakan secara jelasnya ‘bersatulah Melayu seluruh baka’ malah beliau cuma berkata ‘bersatu padulah segenap baka’, namun dapat difahami bahawa rapat umum itu dihadiri oleh para pejuang Melayu Kiri juga. Ini sekali gus membuktikan bahawa soal perpaduan Melayu itulah juga yang diimpikan oleh al-Hulaimy.)

Di atas robohan kota Melaka
kita bangunkan jiwa merdeka
bersatulah Melayu seluruh baka
membela hak keadilan pusaka.”

 

Dan, di sinilah Mazlan Nordin menunjukkan pertalian pantun al-Hulaimy itu dengan isu perpaduan Melayu: Ia (pantun itu) kembali dalam kenangan setelah tersiar laporan Utusan Malaysia hari Jumaat 21 Mac lalu mengenai perpaduan Melayu. Ayat pertama berbunyi: “Sebanyak 25 pertubuhan dan badan amal Melayu / Islam sepakat menubuhkan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) yang akan memainkan peranan menyatukan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik demi menjaga kepentingan bangsa dan memelihara kesucian agama Islam.” — Tamat pandangan Mazlan. (Catatan:Penulis cuma menyusun fakta dengan sedikit huraian. Tapi, hal untuk merumuskan sesuatu bersandarkan fakta itu adalah terpulang kepada pembaca. Misalnya, pantun al-Hulaimy itu diucapkan di Melaka pada 1945, dan Tunku turun ke Bandar Hilir, pada 1956. Rumusan yang boleh diucapkan secara tersirat ialah al-Hulaimy yang terlebih awal menyebut soal keinginan mahu merdeka. Namun, penulis tidak dapat menghuraikan hal ini dalam akhbar ‘Mingguan Umno’)

 

Usman ketika itu berkhidmat sebagai polis British memburu komunis pernah menyatakan kekaguman kepada perjuangan PKMM. Tanpa menyebut nama al-Hulaimy walau sedikit pun, Usman menulis bait pantun itu di banyak tempat dalam novelnya untuk menyatakan sokongannya. Mungkin nama tokoh parti tidak didedah sebagai cara menyelamatkan diri?

Bersatu dan bercerainya Melayu tentu ada sebabnya

Kalau BBPM mahu benar-benar menyatukan Melayu tanpa mengira latarbelakang politik kepartian, maka badan itu perlu tahu apakah hal yang menyebabkan mereka tidak bersatu. Dan, apakah yang menyebabkan orang Melayu boleh bersatu? Semua itu ada sebabnya.

Pantun keramat al-Hulaimy telah pun berjaya menyatakan apakah sebabnya Melayu perlu bersatu: “Bersatulah Melayu seluruh baka (kerana / untuk) membela hak keadilan pusaka.”

Ertinya, Melayu perlu bersatu untuk membela nilai-nilai hak, keadilan dan merebut tanah pusaka daripada cengkaman penjajah. Apakah pula yang menyebabkan Melayu berpecah sejak dulu, kini dan�? Banyak puncanya. Antara salah satu sebabnya ialah Umno sendiri yang enggan memperjuang kedudukan Melayu sebagai tuan punya tanah ini.

Pada 1962, Timbalan Yang Dipertua PAS, merangkap Ahli Parlimen bagi kawasan Kuala Terengganu Utara YB Hj Hasan Adli telah mengusulkan supaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu meletakkan: “Tanah persekutuan milik orang Melayu, dan yang lain sebagai orang dagangan.” Tapi, hal ini ditolak sendiri oleh Umno dan Perikatan di Parlimen. — (Rujuk Presiden Wadah, Dr Siddiq Fadhil)

Banyak lagi sebab dan punca yang menyebabkan PAS dan kebanyakan Melayu di negara ini tak dapat bersatu dengan Umno. Saudara-saudara mereka terperangkap dalam tahanan ISA dan terbunuh di Memali. Mahasiswa pula ketakutan kerana Auku selalu mengintai mereka di IPT.

Melayu Muslim marah sikap Umno yang enggan syariah dijadikan perundangan negara. Ramai ibu bapa dan pelajar Melayu di sekolah menolak bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik.

Inilah antara sebab dan punca kenapa Umno ditolak kebanyakan Melayu selepas merdeka daripada cengkaman penjajahan British. Inilah yang harus dikaji semula oleh BBPM, dan seruan bersatulah PAS dan Umno ini tidak semudah usaha menyusun kongres perpaduan Melayu yang bakal diadakan di Johor Bahru nanti. Sebenarnya, banyak lagi puncanya.

Ingat! Melayu bersatu ada sebab. Menurut al-Hulaimy, berdasarkan pantun keramatnya, hal ‘penyatuan Melayu seluruh baka’ itu penting untuk mengusir penjajah British. Tetapi, penyatuan Melayu kali ini kerana apa ya? Hanya kerana Umno kalah dalam pilihan raya?

Demikianlah Melayu bersatu ada sebabnya. Dan, hal berpecahnya Melayu itu pun ada puncanya. Duhai BBPM telitinya dan siasatlah dengan betul-betul dan berdasarkan kajian itu, carilah formula dan bentangkanlah syarat-syarat penyatuan kalau Umno benar-benar ikhlas mahu bersatu semula. Bukan mudah menyatukan Melayu ini. Kenalah ikhlas.

Tapi, itulah antara masalah dan dilemanya. Mampukah Umno untuk mengaku bahawa Dr Burhanudin al-Hulaimy itu penyeru ke arah perpaduan Melayu sebelum Dato’ Onn Jaafar berkelana serata Malaya bagi menyeru Melayu pergi ke Kongres Kelab Sultan Sulaiman?

Dan adakah Umno cukup kuat untuk menyatakan pengakuan bahawa Hj Hasan Adli telah meminta diisytiharkan Persekutuan ini adalah milik Melayu dan Umno sendiri yang telah menolak hal itu? Jika kita ingin rawat penyakit rohani, kenalah mengaku dulu semua dosa yang pernah kita lakukan. Barulah guru mursyid dapat merawatnya, insya Allah.

Memang mudah mahu minta maaf kepada Tun Salleh Abas juga atas kesilapan yang lalu jika Zaid Ibrahim yang minta maaf. Sebabnya, bukan beliau yang memecat Tun Salleh Abas. Yang pecat bekas Exco Terengganu itu ialah bekas PM sendiri, Tun Dr Mahathir. Siapa yang bersalah, maka dialah sepatutnya yang minta maaf, bukannya Zaid. Soalnya, Mampukah Dr Mahathir meminta maaf kepada Tun Salleh Abbas?

Jika tidak, jangan mimpi mahu rawat Umno. Umno tidak dapat dirawat dengan sempurna walaupun berlaku pertandingan yang sihat dalam jawatan Presiden Perhimpunan Agung Umno pada Disember depan. Mengaku dosa-dosa itulah satu-satunya proses rawatan.

Memang susah mengaku dosa-dosa lama. Pengakuan ke atas dosa inilah titik mula ke atas penyatuan Melayu. Seperti tajuk pojok Mazlan Nordin yang terbaru: “Perpaduan Melayu tidak ada penyelesaian mukjizat!”

Read Full Post »