Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2008

CINTA

 

ANTARA DUA CINTA

 

Assalamualaikum w.b.t.

 

Bila bercakap soal cinta,maka sering timbul di kepala kita ialah cinta sepasang kekasih, cinta antara makhluk, cinta antara lelaki dan perempuan. Malangnya, jarang sekali kita berfikir mengenai persoalan CINTA yang lebih besar dan utama. Tak lain dan x bukan adalah CINTA kepada Khaliq kita, CINTA kepada Tuhan yang menciptakan kita, Tuhan yang menciptakan kita dan seluruh alam ini dgn CINTA, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha PENYAYANG, Tuhan yang mengasihi hamba-hambanya. Siapa lagi kalau bukan ALLAH S.W.T, TUHAN SEKELIAN ALAM.

 

Itulah realitinya.. .saban hari wajah kekasih hati pujaan kita diletakkan tempat paling atas dalam hati kita ni. Tapi wajah Khaliq kita diletakkan di tempat yang bawah dalam hati kita. Tidakkah kita rasa berdosa wahai muslimin dan muslimat? Tidakkah kita merasa berdosa kerana ‘mensyirikkan’ Allah di dalam hati kita ini? Sepatutnya kita merasa cukup berdosa kerana meletakkan sesuatu yang lain yang lebih tinggi dr Allah di dalam hati kita kerana tujuan kita di jadikan di dunia yang fana ini adalah semata-mata untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

 

Seringkali bila kita ingin ber’kasih’, ber’couple’, bercinta atau macam-macam nama yang diberi lagi, kita memberi alasan cinta kerana Allah S.W.T. Tahukah kita akan hakikat cinta kerana Allah? Cinta kerana Allah ialah cinta dan kasih-sayang kita kepada makhluk Allah yang lain, baik lelaki mahupun wanita, kerana untuk mendekatkan diri kepada Allah, menjaga syari’at yang telah ditetapkan oleh Allah dan MENGUATKAN CINTA KITA KEPADA ALLAH. Maka, apabila kita memperkatakan mengenai CINTA kerana Allah, maka sepatutnya Allah diletakkan didalam kedudukan paling tinggi di dalam hati kita, bukannya nama dan wajih kekasih ‘sementara’ kita itu.

 

Jadi, disini, marilah kita sama-sama bermuhasabah adakah selama ini pengakuan kita CINTAkan ALLAH itu merupakan satu penghayatan dalam amalan ataupun sekadar retorik semata-mata. Marilah kita membersihkan hati kita daripada CINTA SELAIN ALLAH dan mengukuhkan CINTA ILAHI di carta teratas di dalam Qalbu kita ini. Moga-moga Nur CINTA ILAHi bersinar dengan gemilangnya di hati kita ini insyaAllah.

 

    Dengan ini,ana mengakhiri artikel ana ini dengan satu syair dari penyair sufi,Abdul Ghani..

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.

sekian…wallahu’ lam

Advertisements

Read Full Post »

PESANAN

SEBELUM IMAM SYAFIE PULANG KE RAHMATULLAH, BELIAU SEMPAT BERWASIAT!

 

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

 

1: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

 

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

 

3 : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

 

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

 

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

 

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.  

 

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

 

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

 

9: HAK KEPADA NABI SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

 

10: HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

 

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,

Read Full Post »

 

ORANG KATA… ENJOY SEMENTARA MUDA, HIDUP PANJANG LAGI!

ORANG KATA., enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah.

ATUK KATA.. orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi,entah esok lusa Izrail datang menjemput.

ORANG KATA.. exam tu susah,kena banyak sacrifice,constant study..past year papers..etc. .etc..etc. .

ATUK KATA.. exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut, kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,byk pula tu peringkat ujiannya, Mungkar Nakir, Neraca Mizan,

ORANG KATA.. have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara, berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!

ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir,hampir setahun dengan kematian,setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..

ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat.. baru hati puas!

ATUK KATA.. ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak ’book’ tempat Al-Firdaus?

ORANG KATA.. successful people have a good time management,ada bisnes di kl, new york, tokyo.. masih sempat berkempen utk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!

ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi.. ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

WALLAHU ALAM

Read Full Post »

 

Cinta dari Darah dan Ruh

Lelaki itu sudah mengabdi pada ibunya sampai tuntas. Ia menggendong ibunya yang sakit lumpuh. Memandikan dan mensucikannya dari semua hadatsnya. Ikhlas penuh ia melakukannya. Itu balas budi dari seorang anak yang menyadari bahwa perintah berbuat baik kepada orang tua itu diturunkan Alloh SWT persis setelah perintah Tauhid.

Tapi entah karena dorongan apa ia kemudian bertanya pada Khalifah Umar Bin Khattab: “Apakah pengabdianku sudah cukup untuk membalas budi ibuku?” Lalu Umar R.A, pun menjawab: “Tidak! Tidak Cukup! Karena kamu melakukannya sembari menunggu kematiannya, sementara ibumu merawatmu, mengasuhmu sembari mengharap kehidupanmu”.

Tidak! Tidak! Tidak!

Tidak ada budi yang dapat membalas cinta seorang ibu. Apalagi cuma meng-imbanginya. Sebab cinta seorang Ibu mengalir dari darah dan ruh. Anak adalah buah cinta dari dua hati. Namun ia tidak dititip dalam dua rahim. Ia dititip dalam rahim sang ibu selama sembilan bulan: disana sang janin hidup bergeliat dalam sunyi sembari mengunduh saripati kehidupan sang ibu. Ia lalu keluar diantar darah: inilah ruh baru yang dititip dari ruh yang lain.

Itu sebabnya cinta Ibu merupakan ‘cinta misi’. Tapi dengan ciri lain yang mem-bedakannya dari jenis ‘cinta misi’ lainnya, darah! Ya, darah! Anak adalah metamorfosis dari darah dan daging sang ibu, yang lahir dari sebuah ‘kesepakatan’. Cinta ini adalah campuran darah dan ruh. Ketika seorang ibu menatap anaknya yang sedang tertidur lelap, ia akan berkata di akar relung hatinya: itu darahnya, itu ruhnya! Tapi ketika ia memandang anaknya sedang merangkak dan belajar berjalan, ia akan berkata di dasar jiwanya: itu hidupnya, itu harapannya, itu masa depannya!

Itu silsilah yang menyambung kehadirannya sebagai peserta alam raya. Itu kenikmatan jiwa yang tercipta dari hubungan darah. Tapi diatas kenikmatan jiwa itu ada kenikmatan ruhani. Itu karena kesadarnnya bahwa anak adalah amanat ‘langit’ yang harus dipertanggungjawabk annya di Akhirat kelak. Kalau anak merupakan isyarat kehadirannya dimuka bumi, maka ia juga menjadi salah satu penentu kebahagiaannya di Akhirat kelak. Dari situ ia menemukan semangat bertumbuh tanpa batas: sang anak memberinya kebanggaan eksistensial, juga sebuah pertanggungjawaban dan sepucuk harapan tentang tempat yang lebih terhormat di surga nanti berkat do’a do’a sang anak. Dalam semua perasaan itu sang ibu tidak sendiri, sang ayah juga ber-serikat bersamanya. Sebab anak itu salah satu bukti kesepakatan jiwa mereka. Mungkin karena kesadaran tentang sisi dalam jiwa tua itu.

DR. Musthafa Sibai, menulis persembahan kecil dihalaman depan buku monumentalnya: “ Kedudukan Suunah Dalam Syariat Islam”. Buku ini, kata Sibai, kupersembahkan kepada ruh ayahandaku yang senantiasa melantunkan doa-doanya: “Ya Alloh, jadikanlah anakku inisebagai sumber kebaikanku di Akhirat kelak”.

Do’a sang ibu dan sang ayah, selamanya merupakan potongan-potongan jiwanya! Karena itu ia selamanya terkabul!.

Read Full Post »

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
 
Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari..Isnin, Selasa .Rabu..Khamis ..Jumaat..Sabtu dan Ahad… Dalam setiap hari tuh, ade peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari islam itu sendiri…menjadi memori sepanjang zaman..Apakah peristiwa-peristiwa itu…silalah teruskan bacaan
 
Hari Isnin
 
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah…
 
1. naiknya nabi Idris ke langit..
2. nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia…nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Alah diturunkan.. .”Qul huwallahu ahad”
 
Hari Selasa
 
1. wafatnya jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa…
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. habil terbunuh hari selasa..
 
Hari Rabu
 
1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh)..
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..
 
Hari Khamis
 
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya. . (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah.. .
 
Hari Jumaat
 
1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba’
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra
 
 
Hari Sabtu
 
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya…sebab. .
 
1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.
 
Hari Ahad
 
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
7. Al;lah menjadikan laiutan yang tujuh…
 
Diantara hari-hari yang tujuh itu..hari Jumaatlah yang paling mulia..dan digelar penghulu bagi segala hari..banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat…
Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari…hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah… barulah kita dapat gambaran sepenuhnya.. .alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya…bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam…zaman pemerintahan nabi-nabi…
 
InsyaAllah.. moga sama-sama dapat ambil iktibar…yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah jua..dan yang buruk itu..dari hambaNya yang daif ini….

Read Full Post »