Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2009

Maksud talkin dlm bahasa MELAYU… Talkin yang selalu dibaca ketika arwahnya pergi…

Masa baca tu, sebutlah nama sendiri… kalau tak terasa dihati tu…
Maknanya hati telah hitam dengan dosa dan maksiat…
Sama2lah kita lebihkan amal ibadat… Sesungguhnya janji Allah itu MAHA BENAR…
Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja…
Sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan
menjadi penyelamat untuk kita diakhirat… InsyaAllah.. .

Bismillahhirrahmann irrahim.. .

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa…

Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik
dan siapa yang kecewa…

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk
menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup…

Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala…
Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan
kembali menghadap hadirat Allah Taala….

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA…
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini…
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat….
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah…

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA… Apabila datang kepada kamu DUA
malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Munkar dan Nakir, maka janganlah
berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta
janganlah kamu susah-hati dan terkejut…
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba
Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala….

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu….
Mereka berkata…

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan
sehabis-habis terang, tepat dan betul…
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,
biarlah tenang dan berhati-hati. ..
Hendaklah kamu jawab begini…

Allah Taala Tuhanku…

Muhammad nabiku…

Islam agamaku…

Kitab suci Al-Quran ikutanku…

Baitullah itu qiblatku… Malahan solat lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku….

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku… Bahkan
dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA… Tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar… Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar…

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA…

Bahawa senya mati ini adalah benar…

Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar…

Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar…

Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar…

Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar…

Minum di kolam air nabi adalah benar…

Ada syurga dan neraka adalah benar…

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha
berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur…

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi
Allah Taala…

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu… Tuhan jua yang menetapkan
hati kamu… Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang
seorang diri di dalam kubur ini… Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu…

Ya Allah Ya Tuhan… Kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa
mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW…

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin…

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada
di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr .

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah
pesanku walaupun satu ayat…”

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
“masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN” dan
TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP…

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?”
Maka jawabnya Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHUK”

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD
tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu
“itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN”
mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian”
Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat
para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba
Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati…

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari
kalangan orang yang beriman

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

” Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku
berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga.
Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah
buahan syurga..

“Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang
dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh
dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak
melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud

“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu.”

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati. ” Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa
mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” Surah
Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama .

“LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN”

Read Full Post »

Mandi Wajib

Mandi wajib mrupakan perkataan yg mudah disebut,ttp jgn tkejut jika dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yg betul,sesorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua² keadaan bg mbolehkan ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yg zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat kuala Lumpur.

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3
1 – niat.
2 – menghilangkan najis di badan.
3 – meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.

“Niat mandi wajib: “Shj aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”

Atau ” Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bhgn anggota badan.

“Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Shj aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi ppuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Shj aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny tidak sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.” Jelasnya lagi..

Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pd badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertiny mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.

” Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. “jika rambut ssorg itu ditocang atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu bernajis,ia wajibla dibasuh.

“Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang sampai air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

” Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya. Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi wajib ssorg itu tidak sah.

“Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya tlebih dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?.. ini lah yg rumitnya. Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu mudah.

“Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang ke rambut.”

“tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrny pwarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah sy menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

“Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius orlh umat islam.

Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat jais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki dan ppuan iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan shj,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah)

” Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

“Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak semestiny mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh.”

Satu lagi tempat jgn dilupakan ketika mandi wajid yang kebanyakan orng terlupa tentang nyer ..baru semlm aku diingatkan oleh uztazah arbaiyah iaitu pusat..
Kata nyer kebanyak tpt beliau pergi membuat kursus bila ditanya tentang perkara ini ramai yang kata tak teringat pula padahal kata beliau kalau pusat tak dikenakan atau dicuci memasa mandi wajid maka mandi wajid tersebut tak sah jadi nyer..maka beringat lah selalu jgn sampai terlupa tempat yang satu nie.

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir , dan berdo’a .

Read Full Post »

Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata :

“Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; “Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.”

Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.

ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA

Sebelum saya menghuraikan ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-

* Hampir 45 – 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak).

* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.

* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak)

* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

(Source: British Crime Survey 2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )

Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.

Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)
Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.

Secara purata rakyat Britain ‘menelan’ arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8..7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak’ sebelum ini.

Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB’ sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri’?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.

Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak.

HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM

Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w

ما أسكر كثيره فقليله حرام
Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )

Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.

Firman Allah swt :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

“Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan” (Al-Baqarah : 219)

Lagi Allah menegaskan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)

Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.

Kerana itu nabi menyebut :-

الخمر أم الخبائث
Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)
Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK

Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawabnya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-

1) Hadis Nabi :

إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)

2. Hadis Nabi :

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين
Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]

3. Hadis Nabi

كان يضرب في الخمر بالنعال والجريد أربعين
Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2]

4. Hadis Nabi :-

أن النبي صلى الله عليه وسلم : جلد في الخمربالجريد والنعال , ثم جلد أبو بكر أربعين فلما كان عمر ودنا الناس من الريف والقرى , قال : ما ترون في جلد الخمر؟ فقال عبدالرحمن بن عوف : أرى أن نجعلها كأخف الحدود , فجلد عمر ثمانين
Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]

5. Athar sahabat

قال علي : جلد رسول الله في الخمر أربعين , وأبو بكر أربعين , وعمر ثمانين , وكل سنة وهذا أحب إليّ
Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]

6. Hadis Nabi

أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال
Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]

Jiak dikatakan, itu semua hadis, mana dalil al-Quran yang suruh, jawabnya adalah

وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al Qur’an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44)

Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.

PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA

Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-

1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta’zir.

Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.

Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta’zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.

Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta’zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan :-

a- Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta’zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.

b- Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta’zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta’zir tidak boleh melebihi hudud.

c- Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.

Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta’zir dan bukan hudud. Wallahu’alam.

2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.

Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.

Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta’zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.

BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?

Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.

Jika Hudud

Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.

Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.

Jika Ta’zir

Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta’zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.

Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.

SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?

Pertama

Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tiada layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menysatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebagai yang lain. Kerana Apa adil?? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia. Individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.

Kedua

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram’ memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :-

· Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]

· Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.

· Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.

· Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.

· Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.

Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.

Ketiga

Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.

Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa. Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes. Mungkin sahaja, si pesalah yang reda dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.

Keempat

Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?. Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan ‘menghina mahkamah’ (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?.

Kelima

Di dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w. Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.?

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan kepada beberapa persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir,

DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?

Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.

DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?

Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.

DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

Ini saya tidak pasti, tetapi sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan.

Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH’ jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan. ? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah’ pada sebuah mahkamah Syariah lagi.

DR.M : Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; “Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.
DR. M : Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.

DR. M : Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika nak lihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.

AKHIRNYA DIHARAP TUN DR MAHATHIR SUDI UNTUK MEMBACA ULASAN DAN JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN-SOALAN BELIAU INI.

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin. net

Read Full Post »

Pada 15 Ogos 2009 lepas, akhbar Daily Mail mendedahkan bahawa vaksin H1N1 yang bakal digunakan oleh kebanyakan negara-negara dunia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada penerimanya. Para penerima vaksin H1N1 dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).
Pada 29 Julai 2009, Prof. Elizibeth Miller, Pengarah Jabatan Imunisasi di bawah Health Protection Agency di Britain telah menulis surat amaran tentang bahaya kesan sampingan dari vaksin H1N1 yang bakal dijual syarikat farmasi gergasi dunia. Surat itu dihantar kepada 600 orang lebih Senior Neurologist di seluruh British.
Surat yang bertarikh 29 Julai 2009 lepas itu berjaya merungkaikan betapa teori-teori konspirasi yang dinyatakan sebelum ini benar dan sahih. Walaupun kerajaan Amerika cuba berselindung dan berdolak-dalik ketidakterlibatanny a dalam isu Selsema Babi (SB), tetapi ada segelintir masyarakat yang sanggup mendedahkan rahsia kerajaan mereka ini.
Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan.
Selain daripada bukti surat ini, apa yang boleh mensahihkan konspirasi Selsema Babi inia adalah kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane. Menurut Senior Neurologist itu, dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.
“I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”
Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.
Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang. Tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badansudah sedia lemah.
Kenyatan pakar-pakar neurologi antarabangsa tentang H1N1
Dr Rustam Al-Shahi Salman, ahli Association of British Neurologists, mengatakan;
“Following the 1976 programme of vaccination against swine influenza in the US, a retrospective study found a possible eight-fold increase in the incidence of GBS.”
Dr. Thomas Jefferson, koordinator badan bebas penyelidikan vaksin di Britain;
“New vaccines never behave in the way you expect them to. It may be that there is a link to GBS, which is certainly not something I would wish on anybody”
Dr. Richard Halvorsen, penulis buku The Truth About Vaccines, mengatakan;
“For people with serious underlying health problems, the risk of dying from swine flu is probably greater than the risk of side effects from the vaccine.”
Dr. Patrick Chinnery, ahli Association of British Neurologists mengatakan;
“During the last swine flu pandemic, it was observed that there was an increased frequency of cases of GBS. No one knows whether it was the virus or the vaccine that caused this.”
Jika ada doktor di Malaysia yang mengatakan vaksin H1N1 tidak merbahaya, kerajaan patut memberikan anugerah Profesor Diraja kepada doktor tersebut kerana kenyataannya telah mengenepikan hujah-hujah dari pakar-pakar neorologi di atas.
Bagi mana-mana pembaca yang menghadiri taklimat pemvaksinan dari kementerian kesihatan (jika ada), sila cetak artikel ini dan tanyakan soalan berkaitan vaksin kepada penceramah. Jika pembaca seorang pelajar jurusan perubatan atau farmasi, sila timbulkan isu ini semasa di bilik kuliah dan berbincang dengan pensyarah anda untuk penambahan ilmu.
Pada 20 Julai 2009, akhbar online Financial Times UK melaporkan bahawa gergasi-gergasi farmasi dunia yang berkonspirasi mengeluarkan vaksin H1N1 telah membuat keuntungan pusingan pertama dalam pengumuman penjualan vaksin.

Konglomerat farmasi seperti GlaxoSmithKline (GSK), Novartis, Baxter, Sanofi-Avantis dan Roche telah pun mengaut untung sebelum bayar berbilion-bilion dollar berdasarkan tempahan-tempahan dos dari pelbagai negara mengikut kontrak yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO) . GSK telah pun memproses 1.5 juta dos vaksin H1N1 untuk dihantar ke seluruh dunia.

Bank pelaburan antarabangsa JPMorgan (bank Zionis kepunyaan Rothschild/Rockefel ler) memberitahu setakat ini kerajaan Britain telah membelanjakan USD4.3 billion dan tempahan untuk dos vaksin dijangka akan meningkat kepada 600 juta dos.
Kesemua laporan keuntungan ini telah pun dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi sejak wabak Selsema Babi mula melanda Mexico bulan April lalu. Kini wabak Selsema Babi ini sudah pun menyondol semua rakyat dunia tanpa belas kasihan.

Kandungan berbahaya dalam vaksin H1N1 keluaran GSK

Vaksin H1N1 yang dikeluarkan GSK disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan.

Pada Julai 1999, Centre for Disease Control (CDC) dan American Academy of Pediatrics (AAP) telah mengeluarkan kenyataan media mendesak pengilang-pengilang ubat membuang thiomersal dari sebarang vaksin.

Lanjutan dari kenyataan itu juga, CDC dan AAP telah mengarahkan agar semua doktor menangguhkan dahulu suntikan imunisasi Hepatitis B kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana seorang kanak-kanak dari Michigan telah meninggal dunia akibat suntikan itu.

Isu ini didedahkan oleh Dr. Paul A.Offit di dalam kertas penyelidikannya yang bertajuk Thimerosal and Vaccines – A Cautionary Tale di dalam The New England Journal of Medicine bertarikh 27 September 2007.

Selain itu, di dalam kertas penyelidikan yang sama Dr. Paul A.Offit juga mendedahkan, thiomersal yang terkandung di dalam vaksin juga disyaki menjadi punca kepada kelahiran anak-anak autisme. Pada Ogos 2005, seorang kanak-kanak autisme berusia 5 tahun telah meninggal dunia kerana mengambil suntikan tahunan yang dijadualkan.

Lanjutan dari isu thiomersal yang dimasukkan dalam vaksin-vaksin itu juga, seorang pakar autisme terkenal Dr. Alison Singer telah mengambil keputusan meletak jawatan dari menjadi Pengarah Autism Speaks yang ditubuhkan pada 2005.

Perletakan jawatan Dr. Alison pada Januari 2009 baru-baru ini adalah sebagai tanda protes kepada pihak kerajaan Britain yang terus membenarkan GlaxoSmithKline menggunakan bahan thiomersal. Dr. Alison juga menegaskan bahawa kisah kebanyakan selebriti terkenal yang semasa kecilnya berpenyakit autisme hanya propaganda media untuk melindungi helah kerajaan.

Wallhu’alam …

Read Full Post »