Feeds:
Posts
Comments

Archive for September, 2009

040 – Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Tertentu Adalah HADIS PALSU
Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Tertentu Adalah HADIS PALSU

Setiap tahun apabila menjelangnya Ramadhan, maka sebuah hadis yang amat popular tentang Fadzilat Solat Tarawih kembali tersebar dengan luasnya. Hadis tersebut ialah satu hadis yang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagiannya adalah seperti berikut:

“Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda (berkenaan dengan fadzilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan) antaranya:

Malam Pertama:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan.

Malam Keempat:

Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Sehinggalah ke malam yang ke-30…

Ulama’ hadis dengan kaedah dan disiplin ilmu yang sahih telah memutuskan bahawa ianya bukanlah hadis. Atau disebut sebagai HADIS PALSU. Penyebaran hadis ini seharusnya telah lama dihentikan kerana saban tahun peringatan tentang kedustaannya telah dilakukan. Antara yang mengeluarkan kenyataan tentang kepalsuannya adalah Institut al-Qur’an dan al-Sunnah, Kelantan. Ianya juga didapati di dalam laman web Mufti Negeri Terengganu.

Antara disiplin ilmu di dalam memahami hadis ialah; ianya melalui jalan dirayah dan riwayah bagi memastikan kedudukan sesuatu hadis terhadap matan (ayat hadis) dan sanad (rangkaian periwayatan hadis). Kedua-dua perkara ini dipastikan ketulinannya dan tidak harus mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat).
Hadis-hadis telah dikumpulkan, disaring dan diriwayatkan dengan sempurna oleh ulama’ hadis pada sekitar tahun 200H-300H. Antara muhaddithin (ulama’ hadis) yang diiktiraf dari kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di dalam meriwayatkan hadis antaranya adalah Imam Bukhari (194H-256H), Imam Muslim (204H-261H), Imam Abu Dawud (202H-275H), Imam at-Termizi (209H-279H), Imam an-Nasa-i (215H-293H) dan Imam Ibnu-Majah (207H-273H).

Selain hadis-hadis sahih, terdapat juga hadis-hadis hasan, dhaif ataupun palsu di dalam kitab-kitab mereka. Namun, ini tidak merendahkan kedudukan ilmu mereka. Pengkelasan ini dibuat oleh ulama’ yang kemudian dengan kaedah yang sangat detail. Antaranya ulama’ hadis mengkritik kepada sanad iaitu perawi-perawi hadis. Mereka telah mengenal pasti siapakah yang dipercayai dan siapakah yang dusta. Nama-nama periwayat hadis dikumpulkan atau ianya di dalam cabang ilmu yang dinamakan dengan ilmu rijal atau ilmu jarh wa-al Ta’dil. Keseluruhan kaedah memahami hadis ini adalah terangkum di dalam ilmu Mustalah Hadis atau ‘Ulum Hadis.

Antara ulama’ kemudian yang bertanggungjawab untuk mengklasifikasi dan menafsirkan hadis adalah seperti al-Hakim al-Nisaburi, Ibn-Kaithir, Abd Rahim al-Iraqi, Ibn-Hajar al-Asqolani, adz-Zahabi, Taqiyyudin at-Taimiyyah, Ibn-Qayyim al-Jauziyyah, Ibnu-Jauzi, Nasaruddin al-Albani dan ramai lagi.

Hadis-hadis yang benar dan palsu diasingkan. Subhanallah, Allah telah menganugerahkan ilmu yang begitu hebat kepada mereka di dalam mengawal dan memastikan ketulinan rujukan umat dari al-Qur’an dan al-Hadith.

Berbalik kepada hadis fadzilat solat sunat Tarawih. Ianya tidak didapati di dalam mana2 kitab hadis yang benar dan juga di dalam kitab2 hadis yang palsu. Ini bermakna ianya baru sahaja direka oleh golongan yang melampau. Segala pertimbangan di dalam menilai kepalsuan sesuatu hadis telah cukup bagi membuktikan bahawa hadis ini adalah hadis palsu. Antaranya; pada sanad, tidak langsung mempunyai rangkaian periwayatan. Pada matan, ternyata mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat). Dipercayai hadis ini direka oleh golongan Syiah bagi mengangkat ketokohan Sayyidina Ali dan bagi melekakan umat Islam di dalam mengharapkan balasan yang tidak dijanjikan oleh Allah dan Nabi-Nya Muhammad saw. Kita tidak menafikan ketokohan Saiyidina Ali dan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu di dalam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Penyebaran hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama terdahulu.

Di dalam beramal di bulan Ramadan ini dan untuk mengharapkan ganjaran dari Allah SWT, cukuplah bagi kita dengan hadis yang SAHIH dari Rasulullah saw berkenaan menghidupkan malam Ramadhan yang bermaksud (terjemahan) : “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Al-Bukhari) Ada yang menganggap mengingatkat umat Islam tentang kepalsuan sesuatu hadis adalah perkara yang remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Sedangkan mereka lupa kepada janji Rasulullah saw akan balasan neraka terhadap pendusta hadis dan amaran ini didapati hampir di dalam semua kitab-kitab utama hadis.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang maksudnya (terjemahan) : “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Bukhari, Muslim) Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Bukan sahaja membuat hadith palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ianya adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah : “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya” (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith)

Kita memohon kepada Allah agar kita bukanlah dari kalangan yang sengaja menyebarkan hadis-hadis palsu dan memohon keampunan di atas segala kesilapan yang kita sedari atau tidak selama ini. Semoga Ramadhan tahun ini tidak dibaluti dengan pendustaan di atas nama Rasulullah saw..
[Tambahan dari: Mashoorias-salafi]

Fatawa: Fadhilat Sembahyang Tarawih

Soalan: Unit Kajian Dan Penyelidikan, Bahagian Kajian Dan Penerbitan, Pusat Da’wah Islamiah sedang menjalankan kajian mengenai dengan hadis fadhilat sembahyang Tarawih, kitab Durrah AI-Nashihin (terbitan Mesir tahun 1949), diriwayatkan oleh Ali bin Abu Thalib.

Hadis tersebut sangat popular di kalangan masyarakat di negara ini kerana sejak 10 tahun yang lalu penerbitan-penerbit an buku (risalah) mengenai hadis tersebut telah dijalankan dan hadis-hadis berkenaan juga disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei dalam bentuk promo bagi maksud mentarghib masyarakat supaya mendirikan sembahyang Tarawih dengan teratur. Sepanjang tempoh tersebut, kita ini tidak pernah mempersoalkan tentang sanad atau sumber hadis tersebut. Bagaimanapun, Berita Harian (Malaysia) keluaran 31hb. Disember, 1998, Ihb. Januari, 1999 dan 16hb. Januari, 1999 telah mempersoalkan keshahihan hadis tersebut sehingga sampai kepada kesimpulan bahawa hadis tersebut adalah hadis maudhu’.

Sukacita abis kaola menghadapkan isu mengenai hadis ini kepada Pehin bagi mendapatkan fatwa dan ketentuan tentang kedudukan hadis-hadis berkenaan untuk dijadikan pegangan dan menghindari keraguan di kalangan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.

Jawapan: Hadis mengenai fadhilat sembahyang Tarawih yang disebutkan dalam kitab Durrah Al-Nashihin bermaksud: “Daripada Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi Wasllam telah ditanya tentang keutamaan-keutamaan Tarawih di bulan Ramadhan.

Baginda bersabda:

“Orang mukmin keluar daripada dosanya pada:

Malam pertama:

Seperti saat dia dilahirkan ibunya

Malam kedua:

Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.

Malam ketiga:

Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.”

Malam keempat:
Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.

Malam kelima:

Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam keenam:

Allah Ta’ala memberinya pahala orang yang bertawaf di Makmur dan dipohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas (lapisan tanah yang keras)

Malam ketujuh:

Seolah-olah dia mencapai darjat Nabi Musa ‘Alaihi salam dan kemenangannya atas Firaun dan Haman.

Malam kelapan:

Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam

Malam kesembilan:

Seolah-olah dia menyembah Allah Ta’ala sebagaimana ibadat Nabi Shallallahu alaihi wasalam

Malam kesepuluh:

Allah Ta’ala mengurniakan kepada nya kebaikan dunia dan akhirat.
Malam kesebelas:

Dia keluar dari dunia seperti saat dia dilahirkan dari perut ibunya.
Malam kedua belas:

Dia datang pada Hari Kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.
Malam ketiga belas:

Dia datang pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap keburukan Malam keempat belas:

Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa dia telah melakukan sembahyang Tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat.
Malam kelima belas:

Dia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung ‘Arasy dan Kursi
Malam keenam belas:

Allah menetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga

Malam ketujuh belas:

Dia diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas:

Malaikat menyeru: “Wahai Hamba Allah, sesungguhnya allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.

”Malam kesembilan belas:
Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.

Malam kedua puluh:

Allah memberi pahala para syuhada’ dan shalihin.

Malam kedua puluh satu:

Allah membangun untuknya sebuah gedung daripada cahaya

Malam kedua puluh dua:
Dia datang pada hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap kesedihan dan kesusahan..

Malam kedua puluh tiga:

Allah membangun untuknya sebuah kota dalam syurga

Malam kedua puluh empat:

Dia memperolehi dua puluh empat doa yang dikabulkan

Malam kedua puluh lima:

Allah Ta’ala menghapuskan daripadanya azab kubur

Malam kedua puluh enam:

Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh:

Dia dapat melewati Shirath pada Hari Kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.

Malam kedua puluh lapan:
Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam syurga

Malam kedua puluh sembilan:
Allah memberi pahala seribu haji yang diterima.

Malam ketiga puluh:

Allah berfirman: “Hai Hambakan makanlah buah-buahan syurga, mandilah daripada air Salsabila dan minumlah dari Kauthar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hambaKu.” (Majlis) Setelah merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di kalangan ahli Sunnah Wal Jama’ah, termasuk kitab-kitab yang menjadi sandaran dalam pencarian hadis-hadis, sehingga setakat ini tidak dijumpai hadis-hadis yang khusus menyebutkan tentang kelebihan sembahyang Tarawih dengan menyatakan ganjaran yang diperolehi pada setiap malam Ramadhan sepertimana yang dinyatakan.

Apa yang telah ditemui setakat ini, hanyalah riwayat-riwayat yang hampir sama dengannya dan dihubungkan sanadnya kepada sayyidina Ali Bin Abu Talib iaitu tersebut dalamkitab Bihar Al-Majlisi, salah Ramadhan dan kirab Was’a’il Al- Syi’ah karangan Al-Shiekh Muhammad bin Al-Hasan Al-Har Al-‘Amili dalam bab Istihab Al-Shalah Al-Mukhshushah Kulla Lailah min Syahr Ramadhan wa Awwal Yaum Minh.

Maka sehubungan itu, oleh kerana hadis yang ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh dii’timad, maka ia mestilah dihentikan daripada dipromokan melalui radio ataupun televisyen. Sekiranya Pusat Da’wah Islamiah ingin menggalakkan orang ramai supaya rajin dan bersungguh-sungguh mengerjakan sembahyang Tarawih, adalah lebih baik hadis-hadis yang dipromokan itu diambil daripada kitab-kitab yang muktabar. Fadhilat sembahyang Tarawih yang ada disebut dalam hadis-hadis yang terkandung dalam kitab-kitab sunan yang muktabar hanyalah secara umum sahaja tanpa menyebut fadhilat 30 malam Ramadhan itu.

Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada abu Hurairah Radhiallahu a’nhu, sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan (pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.”Hadis seumpama ini turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, abu daud, Imam Ahmad dan lainnya…

Negara asal:
Brunei darussalam

Negeri:
Brunei

Badan yang mengisu fatwa:
Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam

Penulis/Ulama:
Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned

Read Full Post »

Sekadar renungan…. …….buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

“Mana emak? ”
“Mak pergi menoreh,” jawabnya.
“Mana bapak?”
“Bapak pergi kerja…”
“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.
“Awak ada berapa orang adik-beradik? ”
“Sepuluh.”
“Adik ni yang ke berapa?”
“Saya yang kelapan.”
“Mana abang-abang kamu pergi?”
“Tolong emak menoreh.”
“Adik puasa hari ini?”
“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”
“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.
“Bapak kerja apa?”
“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..”

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

“Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”
Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”
“Cuma RM3.00 sehari.”
“Ayahnya bekerja macam mana”
“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Read Full Post »

asalamualaikum

Assalamualaikum.

SUBHANALLAH. .

ALHAMDULILLAH. .
ALLAHUAKBAR. .
BISMILLAHHIRROHMANN IRROHIM..

kurma, Kismis, Madu & Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!

Sabda Rasulullah s.a.w ”

Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. ”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah
amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah a.s. bersabda:
“Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah as. bersabda:
“Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda:
“Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkanbadan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali a.s. bersabda:
“Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
Imam Ali a.s. bersabda:
“Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
“Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
“Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”.

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *** *
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ***

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut

ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka..
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu
juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah…. . .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah SW.T;
“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu… .”

SETELAH MEMBACA NYA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG LAIN, UNTUK MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI

Read Full Post »

diet rasullulah SAW

Wallahua’lam, untuk difikirkan.. .

JENIS MAKANAN Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan. Jangan makan SUSU bersama DAGING Jangan makan DAGING bersama IKAN Jangan makan IKAN bersama SUSU Jangan makan AYAM bersama SUSU Jangan makan IKAN bersama TELUR Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD Jangan makan SUSU bersama CUKA Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL CARA MAKAN JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. Nampak memang sulit… tapi, kalau tak percaya…. cubalah….. ……… . Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek…. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu.. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita. Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain: Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam… Sama-samalah kita mengamalkannya. …… WallahuA’lam Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah… Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya

Read Full Post »