Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2010

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air”.

Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Read Full Post »

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan..
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
“Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari..
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi..”

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama “Huraisy” berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : “Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?”
Huraisy pun menjawab, “Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.”

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya’Allah

A langkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam..

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ‘ sakaratul maut’ . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ”

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama
Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
se mas a nyawa kitasedang dicabut.

“Ya Allah! Anug era hkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”
se mas a sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala’lamin ..”

Read Full Post »

Bekalan Titik Mula

“Sabarlah emak, Ina nak ke Shah Alam bekerja kilang ini sebab emak. Nak tolong emak. Dah lama emak susah” Ina teresak-esak menahan rasa.

Memeluk emak yang kesedihan mahu melepaskan anak.

Suasana di perhentian bas di tepi jalan berhampiran Sekinchan itu sungguh hiba dan pilu.

Drama ibu dan anak.

Setibanya Ina di rumah sewanya di Shah Alam, hampir 30 kali sehari beliau menghantar sms kepada emak di kampung.

“Mak, Ina dah makan. Mak dah makan?”

“Mak, tadi Ina beli sikat baru!”

“Mak, Ina nak tidur ni.”

Demikianlah pada minggu pertama.

Bulan kedua begitu juga.

Bulan ketiga, Ina bertemu dengan Udin.

Daripada 30 sms sehari, Ina menghantar 30 hari sekali satu sms!

“Maaf mak, Ina sibuk kerja banyak shif,” kata Ina.

Sibuk dengan Udin, si buayafriend yang cinta dua bulan mereka berjaya memadamkan cinta dua puluh tahun emak Ina di kampung.

KISAH SUAMI

“I kerja untuk you sayang!” kata suami sambil membawa pulang hadiah cincin belah rotan buat isterinya.

Semasa itu gajinya RM800 sebulan.

“I kerja untuk you sayang!” ulang suami sambil membawa pulang cincin solitare buat isteri yang dikasihi.

Gaji sudah meningkat RM4000 sebulan.

“I rasa nak buka cawangan barulah sayang!” kata suami membawa pulang ‘payung emas’ berupa surat izin untuk ditandatangani sang isteri.

Gaji ketika itu sudah RM10,000 sebulan.

Bukanlah poligami itu isunya.

Tetapi mengapa semasa bergaji RM800 sebulan, kerjanya untuk isteri, tetapi apabila gaji mencecah RM10,000, sudah bercadang mahu membuka cawangan?

BUKAN FIKSYEN

Kisah di atas bukan berdasarkan kejadian sebenar, tetapi banyak benarnya.

Tujuan awal lain, hala dituju kemudian lain pula.

Sesuai benar dengan pepatah Melayu yang menyebut, “lagi tinggi pokok yang dipanjat, lagi kuat angin yang menggoncang.”

Semua itu adalah terjemahan kepada kesan niat dalam perbuatan.

Bekerja kerana emak itu adalah bekerja atas satu tujuan yang berada di luar kita. Semakin jauh dan lama tujuan luar itu ditinggalkan, semakin pudar kesannya pada niat kita bekerja.

Bekerja kerana isteri itu adalah bekerja atas satu tujuan yang berada di luar kita. Semakin jauh dan lama tujuan luar itu ditinggalkan, bersaing pula dengan anasir luar yang semakin banyak di kejauhan perjalanan hidup, semakin pudar kesannya pada niat kita bekerja.

Bekerja kerana emak dan bekerja kerana isteri itu susah. Lebih susah kalau bekerja kerana slogan-slogan retorik, “demi agama, bangsa dan negara!”

KUASA NIAT

Itulah besarnya maksud pada pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang NIAT:

“Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat” [Al-Bukhari dan Muslim]

Niat bukan hanya soal menentukan dosa dan pahala di Akhirat.

Niat itu titik mula sebuah amal. Silap sedikit di titik mula, silap besar dan bertambah besar dengan pertambahan jarak dan masa.

Seperti sebuah pesawat yang sepatutnya terbang ke Jeddah, bisa sahaja di akhir perjalanan mendarat di Tel Aviv. Segalanya berpunca daripada tersasar beberapa darjah di permulaan kembara. Sikit-sikit lama-lama jadi penyakit. Kesilapan awal yang tidak diperbetulkan.

Allah mencipta manusia sebagai makhluk percaya. Dia akan bertindak mengikut apa yang dia percaya. Kepercayaan itu pula letaknya di dalam jiwa. Percaya di dalam, amal dan kerja di luar. Kerja luar adalah terjemahan kerja dalam. Betulkan dalam, eloklah luar. Justeru betulkan hati, tempat letak percaya diri.

Manusia adalah makhluk inside-out.

Tetapi manusia suka berniat dengan outside-in.

Kerana isteri, isteri tetap sengsara. Kerana bonda, bonda terus derita.

Sebab itu, hanya satu sahaja yang sejahtera diangkat menjadi percaya.

Bekerja kerana Allah.

Bekerja, niatnya biarlah kerana DIA, kerana Allah.

Kerana Allah, kita tidak lupa menjaga kebajikan bonda. Kerana Allah, kita sentiasa ingat keperluan isteri dan keluarga.

HIKMAH BISMILLAH

Bekerja kerana Allah itu sentiasa menjadi tujuan yang mengawal diri di sepanjang perjalanan mendaki kerjaya. Tidak keliru antara tujuan dan keperluan. Malah menjadikan tujuan, sebagai motivasi untuk memperbaiki keperluan.

Justeru kita diajar agar memulakan setiap satu perbuatan dengan membaca Bismillah.

“Setiap perkara penting yang tidak dimulakan padanya dengan Bismillah, maka perkara itu terputus” [Hadith riwayat Abu Daud, al-Nasaa’ie, Ibn Majah dan Ibn Hibban di dalam Sahihnya daripada Abu Hurairah]

Terputus daripada tujuan asal yang baik.

Terputus daripada Allah.

Seperti layang-layang terputus tali yang jatuhnya entah ke mana.

Itulah hikmah memulakan setiap pekerjaan dengan Bismillah.

Agar setiap kerja, kita kerjakan dengan sedar apakah tujuannya.

Read Full Post »