Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘macam-macam’ Category

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan pasangan.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut I love you sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza.

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Advertisements

Read Full Post »

73 golongan

Didalam sebuah hadits shahih yang sudah masyhur yang diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dan masanid seperti Abu Daud, Nasai, Tirmidzi dan yang lainnya dengan beberapa lafazhnya, diantaranya, “Orang-orang Yahudi akan terpecah menjadi tujuh puluh satu golongan seluruhnya di neraka kecuali satu. Orang-orang Nasrani terpecah menjadi tujuh puluh dua golongan seluruhnya di neraka kecuali satu. Dan umatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan seluruhnya di neraka kecuali satu.” Didalam riwayat lain,”Mereka bertanya,’Wahai Rasulullah, siapakah golongan yang selamat ?

Beliau saw menjawab,’Siapa yang berada diatas (ajaran) seperti ajaranku hari ini dan para sahabatku.” (HR. Thabrani dan Tirmidzi) didalam riwayat lain disebutkan,” ia adalah jama’ah, tangan Allah berada diatas tangan jama’ah.” (HR. Ahmad dan Abu Daud)
Siapa Golongan Yang Selamat ?

Marilah kita muhasabah kembali..
Adakah kita layak untuk berada di dalam golongan selamat ini?
Tepuklah dada tanyalah iman..

Read Full Post »

Berhati-hati, kalo ada sesapa nk jual perfume and
suruh korang hidu bau
perfume, tolong jgn hidu..terdapat kes dimana seorg gadis
didatangi 2 lelaki
yg mendakwa melakukan kajian psl myk wangi dan menyuruh
gadis tersebut
menghidunya. .sejurus kemudian gadis itu
pengsan.sedar2 ia berada didpn sebuah bangunan,dan
mendapati dirinya
dirogol.barang berharga, wallet,henpon semua dirompak..so
beringat2 lah la
ni macam2 kes jenayah ada…….

AWAS! pemberian CD free bertajuk AHMAD’DREAM motifnya
memurtadkan melayu
islam.watak lakonan oleh org melayu yg berjaya
dimurtadkan.
Sebarkan kalu sayang pada islam!!

Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil
kita,serta-merta kita
datang untuk penuhi panggilannya. .. Tapi ketika ALLAH
memanggil kita
(azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya
masih panjang.

Heran ya..bagaimana ketika anda membaca pesanan ini, anda
tidak akan
mengirim kepada beberapa orang yang ada di dalam
messenger anda kerana anda
risau apakah mereka akan fikirkan tentang diri anda atas
kiriman ini kepada
mereka.. Heran ya bagaimana kita lebih bimbang akan apa
yang orang fikirkan
tentang kita…daripada apa yang ALLAH fikirkan

Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki…… .. … Baca,
sebut lepas tu
forward… Assalamu ‘alaikum, Kubur itu gelap,
cahayanya ialah “Laa Ilaaha
IllalLah”. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah
dacing, dan kalimah
ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai
kalimah ‘Laa
ilaaha illalLah’ ini. Rasulullah saw. bersabda
(mafhumnya): “Wahai manusia! Ucaplah ‘Laa ilaaha
illalLah’, kamu pasti
berjaya!” Marilah kita ucapkan kalimah ini: “Laa
ilaaha illallah!”
supaya ianya menjadi sebati dibibir kita…. ucapkanlah
serentak dengan
denyutan nadi, biar ia mengalir bersama arus aliran darah
dan degupan
jantung kita

Read Full Post »

040 – Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Tertentu Adalah HADIS PALSU
Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Tertentu Adalah HADIS PALSU

Setiap tahun apabila menjelangnya Ramadhan, maka sebuah hadis yang amat popular tentang Fadzilat Solat Tarawih kembali tersebar dengan luasnya. Hadis tersebut ialah satu hadis yang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagiannya adalah seperti berikut:

“Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda (berkenaan dengan fadzilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan) antaranya:

Malam Pertama:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan.

Malam Keempat:

Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Sehinggalah ke malam yang ke-30…

Ulama’ hadis dengan kaedah dan disiplin ilmu yang sahih telah memutuskan bahawa ianya bukanlah hadis. Atau disebut sebagai HADIS PALSU. Penyebaran hadis ini seharusnya telah lama dihentikan kerana saban tahun peringatan tentang kedustaannya telah dilakukan. Antara yang mengeluarkan kenyataan tentang kepalsuannya adalah Institut al-Qur’an dan al-Sunnah, Kelantan. Ianya juga didapati di dalam laman web Mufti Negeri Terengganu.

Antara disiplin ilmu di dalam memahami hadis ialah; ianya melalui jalan dirayah dan riwayah bagi memastikan kedudukan sesuatu hadis terhadap matan (ayat hadis) dan sanad (rangkaian periwayatan hadis). Kedua-dua perkara ini dipastikan ketulinannya dan tidak harus mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat).
Hadis-hadis telah dikumpulkan, disaring dan diriwayatkan dengan sempurna oleh ulama’ hadis pada sekitar tahun 200H-300H. Antara muhaddithin (ulama’ hadis) yang diiktiraf dari kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di dalam meriwayatkan hadis antaranya adalah Imam Bukhari (194H-256H), Imam Muslim (204H-261H), Imam Abu Dawud (202H-275H), Imam at-Termizi (209H-279H), Imam an-Nasa-i (215H-293H) dan Imam Ibnu-Majah (207H-273H).

Selain hadis-hadis sahih, terdapat juga hadis-hadis hasan, dhaif ataupun palsu di dalam kitab-kitab mereka. Namun, ini tidak merendahkan kedudukan ilmu mereka. Pengkelasan ini dibuat oleh ulama’ yang kemudian dengan kaedah yang sangat detail. Antaranya ulama’ hadis mengkritik kepada sanad iaitu perawi-perawi hadis. Mereka telah mengenal pasti siapakah yang dipercayai dan siapakah yang dusta. Nama-nama periwayat hadis dikumpulkan atau ianya di dalam cabang ilmu yang dinamakan dengan ilmu rijal atau ilmu jarh wa-al Ta’dil. Keseluruhan kaedah memahami hadis ini adalah terangkum di dalam ilmu Mustalah Hadis atau ‘Ulum Hadis.

Antara ulama’ kemudian yang bertanggungjawab untuk mengklasifikasi dan menafsirkan hadis adalah seperti al-Hakim al-Nisaburi, Ibn-Kaithir, Abd Rahim al-Iraqi, Ibn-Hajar al-Asqolani, adz-Zahabi, Taqiyyudin at-Taimiyyah, Ibn-Qayyim al-Jauziyyah, Ibnu-Jauzi, Nasaruddin al-Albani dan ramai lagi.

Hadis-hadis yang benar dan palsu diasingkan. Subhanallah, Allah telah menganugerahkan ilmu yang begitu hebat kepada mereka di dalam mengawal dan memastikan ketulinan rujukan umat dari al-Qur’an dan al-Hadith.

Berbalik kepada hadis fadzilat solat sunat Tarawih. Ianya tidak didapati di dalam mana2 kitab hadis yang benar dan juga di dalam kitab2 hadis yang palsu. Ini bermakna ianya baru sahaja direka oleh golongan yang melampau. Segala pertimbangan di dalam menilai kepalsuan sesuatu hadis telah cukup bagi membuktikan bahawa hadis ini adalah hadis palsu. Antaranya; pada sanad, tidak langsung mempunyai rangkaian periwayatan. Pada matan, ternyata mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat). Dipercayai hadis ini direka oleh golongan Syiah bagi mengangkat ketokohan Sayyidina Ali dan bagi melekakan umat Islam di dalam mengharapkan balasan yang tidak dijanjikan oleh Allah dan Nabi-Nya Muhammad saw. Kita tidak menafikan ketokohan Saiyidina Ali dan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu di dalam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Penyebaran hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama terdahulu.

Di dalam beramal di bulan Ramadan ini dan untuk mengharapkan ganjaran dari Allah SWT, cukuplah bagi kita dengan hadis yang SAHIH dari Rasulullah saw berkenaan menghidupkan malam Ramadhan yang bermaksud (terjemahan) : “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Al-Bukhari) Ada yang menganggap mengingatkat umat Islam tentang kepalsuan sesuatu hadis adalah perkara yang remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Sedangkan mereka lupa kepada janji Rasulullah saw akan balasan neraka terhadap pendusta hadis dan amaran ini didapati hampir di dalam semua kitab-kitab utama hadis.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang maksudnya (terjemahan) : “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Bukhari, Muslim) Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Bukan sahaja membuat hadith palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ianya adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah : “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya” (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith)

Kita memohon kepada Allah agar kita bukanlah dari kalangan yang sengaja menyebarkan hadis-hadis palsu dan memohon keampunan di atas segala kesilapan yang kita sedari atau tidak selama ini. Semoga Ramadhan tahun ini tidak dibaluti dengan pendustaan di atas nama Rasulullah saw..
[Tambahan dari: Mashoorias-salafi]

Fatawa: Fadhilat Sembahyang Tarawih

Soalan: Unit Kajian Dan Penyelidikan, Bahagian Kajian Dan Penerbitan, Pusat Da’wah Islamiah sedang menjalankan kajian mengenai dengan hadis fadhilat sembahyang Tarawih, kitab Durrah AI-Nashihin (terbitan Mesir tahun 1949), diriwayatkan oleh Ali bin Abu Thalib.

Hadis tersebut sangat popular di kalangan masyarakat di negara ini kerana sejak 10 tahun yang lalu penerbitan-penerbit an buku (risalah) mengenai hadis tersebut telah dijalankan dan hadis-hadis berkenaan juga disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei dalam bentuk promo bagi maksud mentarghib masyarakat supaya mendirikan sembahyang Tarawih dengan teratur. Sepanjang tempoh tersebut, kita ini tidak pernah mempersoalkan tentang sanad atau sumber hadis tersebut. Bagaimanapun, Berita Harian (Malaysia) keluaran 31hb. Disember, 1998, Ihb. Januari, 1999 dan 16hb. Januari, 1999 telah mempersoalkan keshahihan hadis tersebut sehingga sampai kepada kesimpulan bahawa hadis tersebut adalah hadis maudhu’.

Sukacita abis kaola menghadapkan isu mengenai hadis ini kepada Pehin bagi mendapatkan fatwa dan ketentuan tentang kedudukan hadis-hadis berkenaan untuk dijadikan pegangan dan menghindari keraguan di kalangan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.

Jawapan: Hadis mengenai fadhilat sembahyang Tarawih yang disebutkan dalam kitab Durrah Al-Nashihin bermaksud: “Daripada Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi Wasllam telah ditanya tentang keutamaan-keutamaan Tarawih di bulan Ramadhan.

Baginda bersabda:

“Orang mukmin keluar daripada dosanya pada:

Malam pertama:

Seperti saat dia dilahirkan ibunya

Malam kedua:

Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.

Malam ketiga:

Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.”

Malam keempat:
Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.

Malam kelima:

Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam keenam:

Allah Ta’ala memberinya pahala orang yang bertawaf di Makmur dan dipohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas (lapisan tanah yang keras)

Malam ketujuh:

Seolah-olah dia mencapai darjat Nabi Musa ‘Alaihi salam dan kemenangannya atas Firaun dan Haman.

Malam kelapan:

Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam

Malam kesembilan:

Seolah-olah dia menyembah Allah Ta’ala sebagaimana ibadat Nabi Shallallahu alaihi wasalam

Malam kesepuluh:

Allah Ta’ala mengurniakan kepada nya kebaikan dunia dan akhirat.
Malam kesebelas:

Dia keluar dari dunia seperti saat dia dilahirkan dari perut ibunya.
Malam kedua belas:

Dia datang pada Hari Kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.
Malam ketiga belas:

Dia datang pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap keburukan Malam keempat belas:

Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa dia telah melakukan sembahyang Tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat.
Malam kelima belas:

Dia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung ‘Arasy dan Kursi
Malam keenam belas:

Allah menetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga

Malam ketujuh belas:

Dia diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas:

Malaikat menyeru: “Wahai Hamba Allah, sesungguhnya allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.

”Malam kesembilan belas:
Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.

Malam kedua puluh:

Allah memberi pahala para syuhada’ dan shalihin.

Malam kedua puluh satu:

Allah membangun untuknya sebuah gedung daripada cahaya

Malam kedua puluh dua:
Dia datang pada hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap kesedihan dan kesusahan..

Malam kedua puluh tiga:

Allah membangun untuknya sebuah kota dalam syurga

Malam kedua puluh empat:

Dia memperolehi dua puluh empat doa yang dikabulkan

Malam kedua puluh lima:

Allah Ta’ala menghapuskan daripadanya azab kubur

Malam kedua puluh enam:

Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh:

Dia dapat melewati Shirath pada Hari Kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.

Malam kedua puluh lapan:
Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam syurga

Malam kedua puluh sembilan:
Allah memberi pahala seribu haji yang diterima.

Malam ketiga puluh:

Allah berfirman: “Hai Hambakan makanlah buah-buahan syurga, mandilah daripada air Salsabila dan minumlah dari Kauthar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hambaKu.” (Majlis) Setelah merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di kalangan ahli Sunnah Wal Jama’ah, termasuk kitab-kitab yang menjadi sandaran dalam pencarian hadis-hadis, sehingga setakat ini tidak dijumpai hadis-hadis yang khusus menyebutkan tentang kelebihan sembahyang Tarawih dengan menyatakan ganjaran yang diperolehi pada setiap malam Ramadhan sepertimana yang dinyatakan.

Apa yang telah ditemui setakat ini, hanyalah riwayat-riwayat yang hampir sama dengannya dan dihubungkan sanadnya kepada sayyidina Ali Bin Abu Talib iaitu tersebut dalamkitab Bihar Al-Majlisi, salah Ramadhan dan kirab Was’a’il Al- Syi’ah karangan Al-Shiekh Muhammad bin Al-Hasan Al-Har Al-‘Amili dalam bab Istihab Al-Shalah Al-Mukhshushah Kulla Lailah min Syahr Ramadhan wa Awwal Yaum Minh.

Maka sehubungan itu, oleh kerana hadis yang ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh dii’timad, maka ia mestilah dihentikan daripada dipromokan melalui radio ataupun televisyen. Sekiranya Pusat Da’wah Islamiah ingin menggalakkan orang ramai supaya rajin dan bersungguh-sungguh mengerjakan sembahyang Tarawih, adalah lebih baik hadis-hadis yang dipromokan itu diambil daripada kitab-kitab yang muktabar. Fadhilat sembahyang Tarawih yang ada disebut dalam hadis-hadis yang terkandung dalam kitab-kitab sunan yang muktabar hanyalah secara umum sahaja tanpa menyebut fadhilat 30 malam Ramadhan itu.

Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada abu Hurairah Radhiallahu a’nhu, sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan (pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.”Hadis seumpama ini turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, abu daud, Imam Ahmad dan lainnya…

Negara asal:
Brunei darussalam

Negeri:
Brunei

Badan yang mengisu fatwa:
Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam

Penulis/Ulama:
Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned

Read Full Post »

Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. ”

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah berkata: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah berkata: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq berkata: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali berkata: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali berkata: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Dari Imam Ali, beliau berkata: “Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq, beliau berkata: “Rasul SAW sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq, beliau berkata: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”.

Wallahu a’lam.

Read Full Post »

Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 2 jam..Bersama dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena.
Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata.
Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Maghrib. Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Maghrib.

“Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap.” Wajah Rashid kelihatan keruh.
Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta Atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan.

Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia Menghentikan kereta, meminta Zakiah turun.

“Abang tak turun sekali?” tanya Zakiah penuh harapan.
“Kiah pergilah… abang tunggu kat sini. Tak ada parking,” jawab Rashid mudah. Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.

“Abang tidur?” tegur Zakiah.
“Ha… terlelap sekejap. Letih rasa badan ni.”
“Kalau abang letih, biar Kiah bawak.”
“Tak apa… kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti.” Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah.

Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.

“Ya Allah… selamatkan kami… ” bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah, darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit.
“Tersepit… tak boleh tarik… Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital.” Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

“Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!” Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.

“Tolong saya, encik… ” pinta Rashid dengan nada sayu.
“Mengucap… cik… berdoa kepada Allah… cik akan selamat.”
“Sabar encik… tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai.” Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya.Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu.Syukur. Pandangannya tertunpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.
“Ya Allah… selamatkanlah aku… ”

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba.Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila salah seorang anggota bomba bersuara.
“Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik… kenapa tak boleh keluar?” Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya.
Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya. “Ini bukan kerja manusia macam kita… kena panggil orang yang tahu… ”
terdengar sebuat pendapat. Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

“Tuan… tolong saya tuan… ”
“Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala… ”
“Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan… ”
“Kamu berdoa kepada siapa?” Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.
“Sudah tentulah pada Allah.”
“Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!”

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu.

“Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah.
Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!” Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.

Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa.Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.

“Abang… bang! Abang!!”

Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana.

“Sedapnya tidur… naik serak suara Kiah mengejutkan abang… ”

Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah!
Dia masih berada di tempat rehat.

“Kiah tunggu sekejap… abang nak solat Mahgrib!” kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah di bibirnya.

Anas menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :- “ALLAH
S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS
SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID,
KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN
PADA WAKTU TENGAH MALAM”.

Read Full Post »

CINTA

 

ANTARA DUA CINTA

 

Assalamualaikum w.b.t.

 

Bila bercakap soal cinta,maka sering timbul di kepala kita ialah cinta sepasang kekasih, cinta antara makhluk, cinta antara lelaki dan perempuan. Malangnya, jarang sekali kita berfikir mengenai persoalan CINTA yang lebih besar dan utama. Tak lain dan x bukan adalah CINTA kepada Khaliq kita, CINTA kepada Tuhan yang menciptakan kita, Tuhan yang menciptakan kita dan seluruh alam ini dgn CINTA, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha PENYAYANG, Tuhan yang mengasihi hamba-hambanya. Siapa lagi kalau bukan ALLAH S.W.T, TUHAN SEKELIAN ALAM.

 

Itulah realitinya.. .saban hari wajah kekasih hati pujaan kita diletakkan tempat paling atas dalam hati kita ni. Tapi wajah Khaliq kita diletakkan di tempat yang bawah dalam hati kita. Tidakkah kita rasa berdosa wahai muslimin dan muslimat? Tidakkah kita merasa berdosa kerana ‘mensyirikkan’ Allah di dalam hati kita ini? Sepatutnya kita merasa cukup berdosa kerana meletakkan sesuatu yang lain yang lebih tinggi dr Allah di dalam hati kita kerana tujuan kita di jadikan di dunia yang fana ini adalah semata-mata untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

 

Seringkali bila kita ingin ber’kasih’, ber’couple’, bercinta atau macam-macam nama yang diberi lagi, kita memberi alasan cinta kerana Allah S.W.T. Tahukah kita akan hakikat cinta kerana Allah? Cinta kerana Allah ialah cinta dan kasih-sayang kita kepada makhluk Allah yang lain, baik lelaki mahupun wanita, kerana untuk mendekatkan diri kepada Allah, menjaga syari’at yang telah ditetapkan oleh Allah dan MENGUATKAN CINTA KITA KEPADA ALLAH. Maka, apabila kita memperkatakan mengenai CINTA kerana Allah, maka sepatutnya Allah diletakkan didalam kedudukan paling tinggi di dalam hati kita, bukannya nama dan wajih kekasih ‘sementara’ kita itu.

 

Jadi, disini, marilah kita sama-sama bermuhasabah adakah selama ini pengakuan kita CINTAkan ALLAH itu merupakan satu penghayatan dalam amalan ataupun sekadar retorik semata-mata. Marilah kita membersihkan hati kita daripada CINTA SELAIN ALLAH dan mengukuhkan CINTA ILAHI di carta teratas di dalam Qalbu kita ini. Moga-moga Nur CINTA ILAHi bersinar dengan gemilangnya di hati kita ini insyaAllah.

 

    Dengan ini,ana mengakhiri artikel ana ini dengan satu syair dari penyair sufi,Abdul Ghani..

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.

sekian…wallahu’ lam

Read Full Post »

Older Posts »