Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘masakan’ Category

Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di sebalik larangan ini ialah untuk pendidikan dan kesihatan. Kalau tidur semasa perut kenyang, makanan yang dimakan belum hadam. Ia akan melalaikan seseorang daripada melakukan pekerjaan lain dan juga sembahyang.

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

Selain pantang larang terdapat pula adab dan tatatertib yang berkaitan dengan makan. Antara adab dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:

•Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.
•Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing.
•Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.
•Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda. Bagaimanapun, amalan ini tidak begitu sesuai jika hendak menanamkan kemesraan dan semangat kekelugaan di kalangan anak-anak.
•Ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita mahukan makanan itu.
•Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri.
•Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.
•Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.
•Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.
•Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan.
•Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.
•Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.
•Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkehak atau berludah.
•Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.
•Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.
•Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirnya supaya menghentikan makan atau melarangnya menghabis makanannya.
•Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu seelok-eloknya datanglah selepas waktu sembahyang isyak.
Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi.
Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang.

Advertisements

Read Full Post »

Berhati-hati, kalo ada sesapa nk jual perfume and
suruh korang hidu bau
perfume, tolong jgn hidu..terdapat kes dimana seorg gadis
didatangi 2 lelaki
yg mendakwa melakukan kajian psl myk wangi dan menyuruh
gadis tersebut
menghidunya. .sejurus kemudian gadis itu
pengsan.sedar2 ia berada didpn sebuah bangunan,dan
mendapati dirinya
dirogol.barang berharga, wallet,henpon semua dirompak..so
beringat2 lah la
ni macam2 kes jenayah ada…….

AWAS! pemberian CD free bertajuk AHMAD’DREAM motifnya
memurtadkan melayu
islam.watak lakonan oleh org melayu yg berjaya
dimurtadkan.
Sebarkan kalu sayang pada islam!!

Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil
kita,serta-merta kita
datang untuk penuhi panggilannya. .. Tapi ketika ALLAH
memanggil kita
(azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya
masih panjang.

Heran ya..bagaimana ketika anda membaca pesanan ini, anda
tidak akan
mengirim kepada beberapa orang yang ada di dalam
messenger anda kerana anda
risau apakah mereka akan fikirkan tentang diri anda atas
kiriman ini kepada
mereka.. Heran ya bagaimana kita lebih bimbang akan apa
yang orang fikirkan
tentang kita…daripada apa yang ALLAH fikirkan

Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki…… .. … Baca,
sebut lepas tu
forward… Assalamu ‘alaikum, Kubur itu gelap,
cahayanya ialah “Laa Ilaaha
IllalLah”. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah
dacing, dan kalimah
ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai
kalimah ‘Laa
ilaaha illalLah’ ini. Rasulullah saw. bersabda
(mafhumnya): “Wahai manusia! Ucaplah ‘Laa ilaaha
illalLah’, kamu pasti
berjaya!” Marilah kita ucapkan kalimah ini: “Laa
ilaaha illallah!”
supaya ianya menjadi sebati dibibir kita…. ucapkanlah
serentak dengan
denyutan nadi, biar ia mengalir bersama arus aliran darah
dan degupan
jantung kita

Read Full Post »

Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. ”

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah berkata: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah berkata: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq berkata: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali berkata: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali berkata: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Dari Imam Ali, beliau berkata: “Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq, beliau berkata: “Rasul SAW sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq, beliau berkata: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”.

Wallahu a’lam.

Read Full Post »

[1] ULAM HALIA DENGAN POKOK KUNCI

Bahan-bahan:

Beberapa potong halia muda
Beberapa batang pokok kunci
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Bersihkan halia muda dan pokok kunci.
b) Kemudian kedua-duanya hendaklah dimayang halus. Gaulkan bersama
dan campurkan dengan sedikit garam.
c) Makan bersama nasi panas

Info: Halia dikatakan mempunyai sifat panas dan kering. Dengan memakannya
sepanjang tempoh berpantang, ia bertujuan untuk memecahkan angin,
menghilangkan sejuk badan dan membantu proses penghadaman.

[2] IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahan-bahan:

Sepotong ikan tenggiri (saiz sederhana)
200 ml air
5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Panaskan periuk dan campurkan kesemua bahan. Masak ikan haruan sehingga
airnya tinggal sedikit sahaja.
b) Boleh dimakan ketika hidangan masih panas.

Info: Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan semata-mata. Malah ia
berkhasiat untuk kesihatan anda jika diamalkan setiap hari.

Ia mampu mengembalikan semula tenaga, membuang angin kotor dan
melancarkan peredaran darah selain merawat luka-luka dalam badan.

[3] KENTANG SUHUN

Bahan-bahan:

200 ml air
3 biji bawang putih
1 biji kentang – dipotong kecil
1 sudu air asam jawa
½ sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit suhun (direndam terlebih dahulu)

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan tadi hingga kentang empuk. Biarkan ia mendidih dan kuahnya sedikit pekat.
b) Masukkan ke dalam mangkuk dan tuang sedikit air asam jawa di atasnya.

[4] KENTANG CAMPUR PEGAGA

Bahan-bahan:

200 ml air
5 – 8 helai daun pegaga
5 ulas bawang kecil – dipotong 2
1 biji kentang – dipotong kecil
1 sudu makan ikan bilis
½ sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak bersama kesemua bahan sehingga kentang empuk. Biarkan mendidih atas api sederhana besar.
b) Angkat setelah kuahnya pekat. Hidangkan.

[5] IKAN TENGGIRI BAKAR

Bahan-bahan:

2 ketul ikan tenggiri
3 biji bawang kecil – dihiris
Halia sebesar ibu jari – dimayang
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Bakar ikan tenggiri hingga masak sepenuhnya.
b) Tuangkan air asam jawa, taburkan halia, serbuk lada hitam dan
bawang kecil ke atas ikan tenggiri. Tambah garam secukup rasa.

[6] ULAM PEGAGA

Bahan-bahan:

1 ikat pegaga

Cara menyediakan:

a) Bersihkan dahulu daun pegaga. Toskan air sebelum dimakan bersama nasi.

Info: Pegaga merupakan sejenis ulaman popular di kalangan ibu berpantang
terutamanya dalam menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi.

Ia diibaratkan sebagai tonik saraf untuk merehat dan menambahkan ingatan.
Pegaga juga dapat mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin.

[7] SUHUN PEKAT

Bahan-bahan:

200 ml air
Sedikit suhun – direndam terlebih dahulu
3 ulas bawang kecil – dihiris
1 sudu makan air asam jawa
Halia sebesar ibu jari – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan di atas api sederhana besar.
b) Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.
c) Biarkan mendidih sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka).

PETUA AGAR BADAN KEMBALI RINGAN & BERTENAGA :

Amalkan minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis dan
lada hitam. Minum air rebusan ini pagi dan malam, insya-Allah badan akan menjadi ringan dan bertenaga.

[Sumber: RASA, Februari 2005]
Posted by Aidura Sofiee at 6/06/2007 1 comments
Labels: berpantang, resipi
Resipi Berpantang [2]

Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut
(udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka; telur boleh
menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah.

Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau yang tidak
menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan (menyembuhkan luka), bawal
putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri.

Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah seperti kubis,
tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan tubuh sejuk atau ‘berangin’.

1. SUP IKAN HARUAN

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
3 ulas bawang merah – ditumbuk [A]
2 ulas bawang putih – ditumbuk [A]
2 sm halia – ditumbuk [A]
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup – dihiris

Cara menyediakan:

a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.

b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.

c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih.

d) Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.

2. IKAN HARUAN ASAM KUKUS

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan – dibersihkan
1 cawan air asam jawa
3 sudu makan minyak jagung
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh tepung jagung – campurkan sedikit air
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan – dihiris
Garam secukup rasa

Bahan kisar [A]:

6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
1 sm lengkuas
1 batang serai – diketuk
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk

Cara menyediakan:

a) Ikan digaul dengan garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan selama 30 minit.

b) Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi.

c) Masukkan air asam jawa, kicap cair, gula dan garam. Bila mendidih, masukkan
pes tepung jagung, daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga pekat.

d) Sementara itu, kukus ikan haruan tadi sehingga masak. Letak dalam pinggan.

e) Apabila kuah mendidih, tuangkan atas ikan tadi sehingga rata. Hidangkan.

3. DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan:

500 gm daging lembu
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih – dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.

b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.

c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi.
Kacau hingga wangi.

d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam.
Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.

4. PAIS IKAN TENGGIRI

Bahan-bahan:

2 potong ikan tenggiri (anggaran 400 gm) – dibersihkan
1 sudu teh asam jawa – campurkan 3 sudu makan air
1/2 sudu teh serbuk kunyit
3 helai daun pisang – dilayur
3 ulas bawang merah – ditumbuk (A)
1 biji cili merah – ditumbuk (A)
1 ulas bawang putih – ditumbuk (A)
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Satukan bahan A dengan serbuk kunyit dan air asam jawa. Tambah garam.
Lumurkan campuran ini pada ikan hingga rata. Perapkan selama 30 minit.

b) Bungkus ikan ini dengan daun pisang. Bakar atas bara api atau dalam ketuhar
dengan suhu 200 darjah C hingga masak. Angkat dan hidangkan.

5. IKAN SIAKAP PANGGANG

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
50 ml pati santan
1 batang serai – dikisar [A]
2 ulas bawang merah – dikisar [A]
1 sm kunyit hidup – dikisar [A]
1 ulas bawang putih – dikisar [A]
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula pasir
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Perap ikan dengan separuh bahan A selama 1 jam.

b) Letak ikan di atas aluminium foil. Bakar dalam ketuhar dengan
suhu 180 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga masak.

c) Panaskan minyak dan tumiskan lebihan bahan A hingga garing.
Masukkan santan dan kacau hingga pekat.

d) Kemudian masukkan garam dan gula pasir. Kacau rata. Sedia untuk
dihidangkan dengan ikan siakap.

6. IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahan-bahan:

1 keping ikan tenggiri
4 sm halia – dihiris & digoreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam

Cara menyediakan:

a) Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biarkan selama 20 minit.

b) Panaskan minyak bijan dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.

c) Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan ikan semula. Tuangkan kicap dan kacau rata.

d) Angkat ikan dan letak ke dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

7. IKAN GELAMA PANGGANG

Bahan-bahan:

1 ekor ikan gelama
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara menyediakan:

a) Ikan dibersihkan. Jika suka, kelar badan ikan supaya ikan cepat masak.

b) Gaulkan dengan garam dan basuh hingga bersih. Toskan.

c) Kemudian gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Panggang atas bara api hingga masak. Sedia untuk dihidangkan.

8. AYAM KUKUS BERCUKA

Bahan-bahan:

8 ketul ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 sm halia – ditumbuk
3 sudu makan cuka
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk [A]:

1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara menyediakan:

a) Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia dan garam. Perap selama 30 minit. Kemudian kukus ayam sehingga masak.

b) Tuangkan cuka pada ayam dan taburkan bahan A. Kukus lagi selama 5 minit.

Nota: Masakan yang mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin kerana dapat mengecutkan perut dan rahim.

9. AYAM MASAK BIJAN

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam – dibuang kulit, dipotong & dibersihkan
4 sm halia tua – dihiris halus
3 sudu makan minyak bijan
1 – 2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara menyediakan:

a) Panaskan minyak bijan dalam kuali. Tumis halia hingga wangi.

b) Masukkan ayam dan kacau rata. Tutup kuali dan masak ayam selama 20 minit dengan api kecil. Tuangkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.

c) Akhir sekali, masukkan kicap dan kacau rata. Bila ayam masak, tutup api. Tambah garam jika perlu.

10. HATI MASAK BEREMPAH

Bahan-bahan:

300 gm hati lembu
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk rempah kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
4 ulas bawang putih – dikisar [A]
2 ulas bawang merah – dikisar [A]
2 sm halia – dikisar [A]
1 sm lengkuas – dikisar [A]
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Hati lembu dipotong dan dibersihkan.

b) Gaulkan hati lembu dengan bahan A, garam dan serbuk rempah yang lain sehingga rata.

c) Perapkan semalaman di dalam bekas bertutup yang disimpan dalam peti sejuk.

d) Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah C selama 30 – 35 minit atau sehingga masak.

Nota: Hati lembu menambahkan darah.

11. HALWA HALIA

Bahan-bahan:

250 gm halia – dihiris nipis
250 ml air
5 ulas bawang putih – dibakar & dibelah dua
2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh cuka
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Celur halia dalam air panas selama 5 minit. Toskan.

b) Masak gula pasir, garam, cuka dan air hingga mendidih. Sejukkan.

c) Masukkan halia dan bawang putih ke dalam mangkuk. Tuangkan air rebusan tadi. Tutup kemas dan biarkan semalaman.

12. JUS HALIA KURMA

Bahan-bahan:

200 gm halia
20 biji buah kurma
750 ml air masak

Cara menyediakan:

a) Tumbuk halia hingga lumat.

b) Belah buah kurma dan buangkan bijinya.

c) Jerang halia, kurma dan air dalam periuk. Renehkan selama 3 jam. Bila mendidih, perlahankan api.

d) Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.

13. REBUSAN MANJAKANI

Bahan-bahan:

5 biji buah manjakani
500 ml air
2 sm halia tua
2 sm kunyit tua
2 keping asam keping

Cara menyediakan:

a) Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.

b) Jerang di atas api sederhana hingga mendidih.

c) Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit.

d) Tapis dan minum air ini setelah suam.

Nota: Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. Tidak sesuai diminum oleh gadis/anak dara kerana ditakuti menjadi penyebab mandul.

14. REBUSAN PEGAGA

Bahan-bahan:

2 ikat pegaga
5 cawan air

Cara menyediakan:

a) Rebus pegaga dengan air di dalam periuk hingga tinggal anggaran 3 cawan air sahaja.

b) Minum apabila suam (2 kali sehari).

Nota: Minum air rebusan pegaga untuk membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan anak.

15. TUMIS SAWI PUTIH

Bahan-bahan:

5 tangkai sawi batang putih – dipotong
1 sm halia – dihiris
10 ekor ikan bilis – dibersihkan
1 sudu teh minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara menyediakan:

a) Tumiskan halia dan ikan bilis dalam minyak panas hingga garing.

b) Masukkan sawi. Kacau rata dan tuangkan air.

c) Tutup sebentar dan biarkan lembut. Tambah garam dan angkat.

Nota: Sawi putih membantu menambahkan susu ibu.

16. PERIA LADA HITAM

Bahan-bahan:

1 biji buah peria – dihiris
200 ml air
100 gm ikan bilis – dibersihkan
2 ulas bawang putih – dicincang halus
2 batang serai – diketuk
1 sm kunyit hidup – ditumbuk halus
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan.

b) Kacau sekali-sekala hingga mendidih.

c) Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk.

d) Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering.

17. TEMPE GORENG KICAP

Bahan-bahan:

5 keping tempe – dihiris panjang
50 gm ikan bilis – dibersihkan
3 ulas bawang merah – dikisar [A]
2 ulas bawang putih – dikisar [A]
2 biji cili merah – dikisar [A]
1 sudu makan kicap pekat
1 1/2 sudu teh cuka
1 sudu teh gula pasir
Sedikit daun bawang – dihiris
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Panaskan minyak dan goreng tempe hingga separuh garing. Toskan.

b) Masukkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Toskan.

c) Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan A hingga wangi. Jika perlu, masukkan sedikit air.

d) Masukkan tempe, ikan bilis, kicap, cuka, daun bawang, garam dan gula pasir. Kacau rata dan masak hingga kering.

18. SUP SAYUR CAMPUR

Bahan-bahan:

400 ml air
200 gm brokoli
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
1/2 batan seleri
3 helai daun kubis
Secubit serbuk pati ikan bilis
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk [A]:

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh rempah biji
1 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh jintan putih

Cara menyediakan:

a) Potong lobak merah, lobak putih dan seleri. Ceraikan brokoli menjadi berkelopak. Kubis pula dihiris kasar.

b) Panaskan minyak masak ke dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi.

c) Masukkan serbuk pati ikan bilis dan air.

d) Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran.

e) Bila sayur lembut, masukkan sedikit garam, kacau rata dan tutup api. Sajikan panas-panas.

Nota: Sayur-sayuran ini membanyakkan air susu ibu.

Read Full Post »