Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘pendapat’ Category

Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di sebalik larangan ini ialah untuk pendidikan dan kesihatan. Kalau tidur semasa perut kenyang, makanan yang dimakan belum hadam. Ia akan melalaikan seseorang daripada melakukan pekerjaan lain dan juga sembahyang.

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

Selain pantang larang terdapat pula adab dan tatatertib yang berkaitan dengan makan. Antara adab dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:

•Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.
•Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing.
•Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.
•Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda. Bagaimanapun, amalan ini tidak begitu sesuai jika hendak menanamkan kemesraan dan semangat kekelugaan di kalangan anak-anak.
•Ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita mahukan makanan itu.
•Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri.
•Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.
•Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.
•Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.
•Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan.
•Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.
•Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.
•Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkehak atau berludah.
•Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.
•Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.
•Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirnya supaya menghentikan makan atau melarangnya menghabis makanannya.
•Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu seelok-eloknya datanglah selepas waktu sembahyang isyak.
Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi.
Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang.

Read Full Post »

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan pasangan.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut I love you sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza.

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Read Full Post »

Sesiapa yang berada di sekeliling kita menggambarkan cemana rupa fikiran kita, positif atau negatif, baik atau kurang baik.

Jika Anda selalu ditemukan dengan orang-orang yang menyakitkan hati Anda, itu maknanya fikiran Anda dipenuhi dengan fikiran-fikiran buruk. Makanya, hati Anda ada di didiami oleh anasir-anasir buruk. Kemungkinan besar, hati Anda kotor.

Anda banyak bergelumang dengan emosi negatif – marah, geram, menyampah, sakit hati, dendam. Walaupun di luar Anda lebih banyak bersikap diam, tapi dalam hati Anda, banyak mengomel-ngomel, menyumpah-nyumpah dan memarah-marah tanpa henti, dari waktu Anda bangun hingga ke waktu tidur.

Sudah tiba masanya untuk kita check attitude, check emosi kita. Kekadang kita tak perasan yang kita ada bersikap buruk pada orang tapi kita cepat terasa tiap kali ada orang bersikap buruk, berkata buruk pada kita.

Apa yang ada dihati kita, difikiran kita akan diterjemahkan ke dunia sebenar. Realiti kita adalah gambaran tentang apa yang ada difikiran kita.

Jika difikiran kita memilih untuk selalu gembira, lebih banyak tertawa, lebih banyak gurau senda dari tertekan, maka realiti kita akan jadi begitu juga.

Kesannya, semua keperluan kita cukup, orang sekeliling OK dengan kita, kita seronok bekerja, seronok dengan bisnes kita, seronok dengan pelajaran kita maka semua yang ada disekeliling akan ikut camtu juga, semuanya! termasuk orang, benda dan perkara. Masalah? Ada, cuma tak seberapa, sekejap saja munculnya.

Dalam hidup, kita sentiasa ada dua pilihan. Anda ada hak untuk memilih mana satu yang Anda mahu, sama ada positif atau negatif, baik atau buruk.

Jika Anda mahu hidup dalam suasana yang baik-baik, maka seharusnya Anda buat keputusan untuk memilih yang positif sebagai kemahuan Anda. Janji pada diri sendiri, kemahuan itu, keputusan itu tak akan berubah secara automatik andai kata Anda berjumpa dengan situasi-situasi yang berada di luar kawalan Anda, masalah kewangan misalnya.

Andai kata kita tetap dengan pilihan kita untuk kekal melekat dengan keputusan untuk memilih yang positif, saja, melihat yang positif saja, yang baik-baik saja, kesannya semua yang berlaku disekeliling kita akan menjadi positif seperti yang kita fikirkan.

Fikiran positif itu akan diuji dengan beberapa situasi negatif, untuk mengetahui sejauh mana kuatnya keputusan Anda untuk memilih yang positif sebagai jalan hidup Anda. tetapi, jika ujian itu diharungi dengan mindset positif, pasti ia berlalu dengan lancar, cepat saja perginya.

Read Full Post »

Ramai lelaki tidak faham kenapa wanita selalu cemburu. Walau apapun yang dilakukan, isteri yang cemburu tetap cemburu.

Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.

Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya.

Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif.

Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita.

Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi.

Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami?

Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami:

•1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama
Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka.

Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.

•2. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa
Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.

•3. Mencurahkan masalah peribadi
Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri.

Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.

•4. Eksklusif tanpa isteri
Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

•5. Inklusif
Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain.

Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali.

Akibatnya, tingkah laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya.

Read Full Post »

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air”.

Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Read Full Post »

73 golongan

Didalam sebuah hadits shahih yang sudah masyhur yang diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dan masanid seperti Abu Daud, Nasai, Tirmidzi dan yang lainnya dengan beberapa lafazhnya, diantaranya, “Orang-orang Yahudi akan terpecah menjadi tujuh puluh satu golongan seluruhnya di neraka kecuali satu. Orang-orang Nasrani terpecah menjadi tujuh puluh dua golongan seluruhnya di neraka kecuali satu. Dan umatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan seluruhnya di neraka kecuali satu.” Didalam riwayat lain,”Mereka bertanya,’Wahai Rasulullah, siapakah golongan yang selamat ?

Beliau saw menjawab,’Siapa yang berada diatas (ajaran) seperti ajaranku hari ini dan para sahabatku.” (HR. Thabrani dan Tirmidzi) didalam riwayat lain disebutkan,” ia adalah jama’ah, tangan Allah berada diatas tangan jama’ah.” (HR. Ahmad dan Abu Daud)
Siapa Golongan Yang Selamat ?

Marilah kita muhasabah kembali..
Adakah kita layak untuk berada di dalam golongan selamat ini?
Tepuklah dada tanyalah iman..

Read Full Post »

Berhati-hati, kalo ada sesapa nk jual perfume and
suruh korang hidu bau
perfume, tolong jgn hidu..terdapat kes dimana seorg gadis
didatangi 2 lelaki
yg mendakwa melakukan kajian psl myk wangi dan menyuruh
gadis tersebut
menghidunya. .sejurus kemudian gadis itu
pengsan.sedar2 ia berada didpn sebuah bangunan,dan
mendapati dirinya
dirogol.barang berharga, wallet,henpon semua dirompak..so
beringat2 lah la
ni macam2 kes jenayah ada…….

AWAS! pemberian CD free bertajuk AHMAD’DREAM motifnya
memurtadkan melayu
islam.watak lakonan oleh org melayu yg berjaya
dimurtadkan.
Sebarkan kalu sayang pada islam!!

Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil
kita,serta-merta kita
datang untuk penuhi panggilannya. .. Tapi ketika ALLAH
memanggil kita
(azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya
masih panjang.

Heran ya..bagaimana ketika anda membaca pesanan ini, anda
tidak akan
mengirim kepada beberapa orang yang ada di dalam
messenger anda kerana anda
risau apakah mereka akan fikirkan tentang diri anda atas
kiriman ini kepada
mereka.. Heran ya bagaimana kita lebih bimbang akan apa
yang orang fikirkan
tentang kita…daripada apa yang ALLAH fikirkan

Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki…… .. … Baca,
sebut lepas tu
forward… Assalamu ‘alaikum, Kubur itu gelap,
cahayanya ialah “Laa Ilaaha
IllalLah”. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah
dacing, dan kalimah
ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai
kalimah ‘Laa
ilaaha illalLah’ ini. Rasulullah saw. bersabda
(mafhumnya): “Wahai manusia! Ucaplah ‘Laa ilaaha
illalLah’, kamu pasti
berjaya!” Marilah kita ucapkan kalimah ini: “Laa
ilaaha illallah!”
supaya ianya menjadi sebati dibibir kita…. ucapkanlah
serentak dengan
denyutan nadi, biar ia mengalir bersama arus aliran darah
dan degupan
jantung kita

Read Full Post »

Older Posts »