Feeds:
Posts
Comments

achik

ytutyiyDSC03230II

Dilahirkan di Kelantan dibesarkan oleh keluarga sederhana
pendidikan:
sekolah rendah kebangsaan jerek
sekolah menengah kebangsaan jerek
sekolah menengah teknik kuala krai
institut latihan perindustria kota bharu
college bostonweb

Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di sebalik larangan ini ialah untuk pendidikan dan kesihatan. Kalau tidur semasa perut kenyang, makanan yang dimakan belum hadam. Ia akan melalaikan seseorang daripada melakukan pekerjaan lain dan juga sembahyang.

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

Selain pantang larang terdapat pula adab dan tatatertib yang berkaitan dengan makan. Antara adab dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:

•Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.
•Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing.
•Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.
•Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda. Bagaimanapun, amalan ini tidak begitu sesuai jika hendak menanamkan kemesraan dan semangat kekelugaan di kalangan anak-anak.
•Ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita mahukan makanan itu.
•Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri.
•Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.
•Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.
•Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.
•Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan.
•Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.
•Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.
•Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkehak atau berludah.
•Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.
•Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.
•Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirnya supaya menghentikan makan atau melarangnya menghabis makanannya.
•Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu seelok-eloknya datanglah selepas waktu sembahyang isyak.
Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi.
Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang.

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan pasangan.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut I love you sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza.

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Sesiapa yang berada di sekeliling kita menggambarkan cemana rupa fikiran kita, positif atau negatif, baik atau kurang baik.

Jika Anda selalu ditemukan dengan orang-orang yang menyakitkan hati Anda, itu maknanya fikiran Anda dipenuhi dengan fikiran-fikiran buruk. Makanya, hati Anda ada di didiami oleh anasir-anasir buruk. Kemungkinan besar, hati Anda kotor.

Anda banyak bergelumang dengan emosi negatif – marah, geram, menyampah, sakit hati, dendam. Walaupun di luar Anda lebih banyak bersikap diam, tapi dalam hati Anda, banyak mengomel-ngomel, menyumpah-nyumpah dan memarah-marah tanpa henti, dari waktu Anda bangun hingga ke waktu tidur.

Sudah tiba masanya untuk kita check attitude, check emosi kita. Kekadang kita tak perasan yang kita ada bersikap buruk pada orang tapi kita cepat terasa tiap kali ada orang bersikap buruk, berkata buruk pada kita.

Apa yang ada dihati kita, difikiran kita akan diterjemahkan ke dunia sebenar. Realiti kita adalah gambaran tentang apa yang ada difikiran kita.

Jika difikiran kita memilih untuk selalu gembira, lebih banyak tertawa, lebih banyak gurau senda dari tertekan, maka realiti kita akan jadi begitu juga.

Kesannya, semua keperluan kita cukup, orang sekeliling OK dengan kita, kita seronok bekerja, seronok dengan bisnes kita, seronok dengan pelajaran kita maka semua yang ada disekeliling akan ikut camtu juga, semuanya! termasuk orang, benda dan perkara. Masalah? Ada, cuma tak seberapa, sekejap saja munculnya.

Dalam hidup, kita sentiasa ada dua pilihan. Anda ada hak untuk memilih mana satu yang Anda mahu, sama ada positif atau negatif, baik atau buruk.

Jika Anda mahu hidup dalam suasana yang baik-baik, maka seharusnya Anda buat keputusan untuk memilih yang positif sebagai kemahuan Anda. Janji pada diri sendiri, kemahuan itu, keputusan itu tak akan berubah secara automatik andai kata Anda berjumpa dengan situasi-situasi yang berada di luar kawalan Anda, masalah kewangan misalnya.

Andai kata kita tetap dengan pilihan kita untuk kekal melekat dengan keputusan untuk memilih yang positif, saja, melihat yang positif saja, yang baik-baik saja, kesannya semua yang berlaku disekeliling kita akan menjadi positif seperti yang kita fikirkan.

Fikiran positif itu akan diuji dengan beberapa situasi negatif, untuk mengetahui sejauh mana kuatnya keputusan Anda untuk memilih yang positif sebagai jalan hidup Anda. tetapi, jika ujian itu diharungi dengan mindset positif, pasti ia berlalu dengan lancar, cepat saja perginya.

Cinta akan jadi lebih bahagia jika kita bertenang. Jika sudah tenang, minda kita mengalirkan arus alpha lalu menerbitkan emosi yang tenang juga. Kesan daripada ketenangan, muncul kebahagiaan.

Cinta sepatutnya penuh dengan kebahagiaan, bukan lebih banyak dipenuhi pergaduhan, persengketaan atau perselisihan faham. Sayang jika cinta putus di tengah jalan hanya kerana salah satu faktor dari 3 faktor tadi – pergaduhan, persengketaan dan perselisihan faham.

Semua itu lahir sebab tidak ada ketenangan. Asyik stress memanjang. Jika Anda serius nak bercinta, moleklah kiranya amalkan bertenang-tenang. Ketenangan akan muncul bila Anda dan kekasih Anda masing-masing berusaha saling gembira menggembirakan antara satu sama lain.

Jangan terlalu terdesak sampai nak jumpa kekasih Anda tiap hari semata-mata sebab rindu. Lepas berkahwin nanti, muka kekasih Anda itulah yang Anda tengok dari pagi sampai ke malam. Memanglah rindu, memanglah sayang.

Tapi kalo belum bernikah, kawal-kawallah dulu perasaan tu. Untuk kebaikan Anda juga. Kalau nak sangat tengok muka kekasih Anda dari pagi sampai ke malam, dah nak sangat, ha kawin le cepat-cepat.

Rindu yang manis dirasa adalah rindu yang ditahan-tahan untuk jangaka masa yang sedikit lama. Hari Isnin jumpa, nantilah jumpa Isnin depan pula. Kalo tiap hari jumpa, boring. Nak cerita satu apa pun tak ada!

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang ygmeninggal dunia.
Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer…, kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah
mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya am alan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi
penyelamat,InsyaAll ah..

WALLAHU A’LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa
menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,

maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta
janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba
Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab so alan -so alan mereka dengan cermat dan
sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,
biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas
aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan
dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, so alan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,

bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,

dihisab dan dikira segala am alan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan
neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan
hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan
hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang
berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi
keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa
mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamd ulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal
soleh,yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr .

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah
pesanku walaupun satu ayat…” Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
“masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN”
dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?”
Maka jawabnya Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU’.” Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD
tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu
“itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka.

Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian”
Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat
para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba
Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari k alan gan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
” Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. “Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu
kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu
kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkek alan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati. ” Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa
mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” Surah
Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan am alan bersama .
“LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN”